Khamis, 3 Jun 2010

Cinta itu buta?

Ingatan,.entry kali ini agak panjang,.minta maaf,.pinjam masa anda sebentar k.huhuhu

Tajuk diatas mesti tak asing lagi bagi korang kan,. Cinta Buta. Macam cinta itu ada mata pula bunyinya. jadi dari mana asalnya ayat cinta itu buta,. Adakah macam cerita kassim selamat yang sanggup menangis hingga buta tangisi kehilangan isterinya atau adakah macam cerita Romie And Juliet yang sanggup bunuh diri semata demi cinta ataupun juga seperti cerita Beauty and Beast, cinta tak kenal paras rupa,..

Ada yang bersetuju cinta itu memang buta, tapi juga ada yang kata tidak,.jadi persoalannya yang mana betul? Aku bukan seorang arif pasal cintan cintun ini.dan jika dibahaskan persoalan cinta ini,pastinya takkan abis. Andai aku ditanyai soalan ini,.dan pastinya aku akan jawab “no komen”..

Ada pendapat lain menyatakan persoalan cinta itu buta mengikut situasi seperti:-

  • Cinta itu buta tatkala kedua-dua pasangan atau salah seorang dari mereka tiada penglihatan atau dalam bahasa mudahnya buta.. Jadi sudah pastilah sukar untuk mengambarkan paras fizikal pasangan tersebut.. Namun yang menariknya kadang kala pasangan ini memiliki cinta yang lebih kukuh berbanding manusia normal.

  • Individu yang cantik tetapi pasangan hodoh.. Kalau hodoh paras rupa masih ok tapi hodoh dari segi perangai, sikap dan sebagainya… Malahan ada yang sanggup berkorban untuk pasangan yang terang-terang tidak akan menjadi pasangan yang mampu membimbing mereka.. Jadi mungkin mata individu tersebut telah dibutakan.. Macammana?? Wallahualam

  • Pasangan yang hanya mengharapkan harta semata-mata.. Terdapat beberapa kes di mana gadis yang muda berkahwin dengan lelaki yang telah layak untuk digelar datuk( bukan datuk pangkat) .. Dan ada antara mereka yang memikirkan harta yang dapat melalui perkahwinan tersebut.. Rasanya yang ini semua orang tau.. Mata mereka dibutakan oleh duit dan harta…

  • Situasi ini lagi teruk.. Individu berpasangan dengan pasangan yang berjantina sama??? Kenapa ?? Apakah yang telah menyebabkan mata mereka buta?? Adakah tidak cukup lelaki/wanita di muka bumi ini?? Hanya mereka-mereka yang boleh menjawabnya..

  • Yang terakhir sering kita lupa.. Kita sering lupa untuk menyintaiNya.. Kita sering menyanyangi antara satu sama lain tapi kadangkala kita terlupa menyintai Pencipta kita.. Mungkin kita telah dibutakan dengan cinta-cinta yang lain??

Dan ini antara jawapan famous dari dari pelbagai reponden,.

  • Cinta itu buta? Rasanya tidak, cinta itu adalah satu perasaan yang lahir dari 2 jiwa yang saling memerlukan dan ingin bersama selamanya. Yang buta adalah manusia itu sendiri. Cinta adalah satu perasaan yang terbit dari hati yang kadang-kala ianya lahir tanpa diduga malahan tidak difahami sebab musababnya.

  • Bagi aku,.cinta itu lampu,.yang sering menyinari jalan kehidupan.

  • karena terkadang kita rela terluka, tersakiti, menangis demi seseorang yang kita cintai. Terkadang kita sanggup melakukan apapun demi orang yang kita cintai...

  • karena cinta itu membuat seseorang menjadi gila akan seseorang yang dia cintai.setiap malam terimpikan. siang terbayangkan n terpikirkan.

  • karena melihatnya pakai mata hati. yela, dari mata turun ke ati.

  • kerana cinta itu sering meraba-raba,.

Ada aje jawapan yang diberikan,.apa pula kata kekawan semua,.Apa dikatakan cinta itu buta?

"Cinta itu laksana pohon di dalam hati. Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah malu kepadanya, buahannya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya. Jika di dalam cinta ada satu bahagian yang kosong bererti cinta itu berkurang"

p/s tinggalkan comment korang k,.

2 ulasan:

CiPeNG berkata...

mmg benar cinta itu buta contoh nye bila pasangan terkentut ia tetap menyata kan wanggi padahal bau kentut itu teramat busuk. hehehehehehe

MissXYZ berkata...

kdg2... cinta tu mmg buta...

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog saya.. ~ Tinggalkan la komen . ~ jadi follower ,promise kaizer follow balik. ~ Please subscibe supaya tak miss update. ~ Remember!!!Jangan lupe klik iklan nuffnang,.hope u'all enjoy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails