Ahad, 28 Februari 2010

Handphone Quran Enmac

Hari ini aku nak promo siap pasal gadget.. aku bukan penjualnya tau,just promokan aje. Ini khas bagi mereka yang rindukan membaca quran, hadis2..x kira la kat mana pun (bukan tandas k,dosa korang dapat nanti) yang penting amalan pahala tu sentiasa datang.. kita check-up dulu la hp ni..

Ciri-ciri handphone Enmac MQ3300: -
Dua Sim Card - Bacaan Al-Quran lengkap 30 juz oleh 7 orang Qari Masjidilharam - Terjemahan Al-Quran dalam 24 bahasa berlainan - 6 Tafsir Quran lengkap, 16 koleksi kitab-kitab hadis, 5 koleksi himpunan doa - ada waktu solat dan siap ada kompas arahkiblat lagi. yang bagusnya hp ini boleh menggunakan aksesori NOKIA spt charger & bateri.

Ciri-ciri lain
 - Bluetooth
- FM Radio
- Interface in Arabic, English,
- French and Chinese.
- GSM 900/DCS 1800
- Buku telefon & Call History
- SMS, MMS, Voice Mail
- GPRS and Internet
- Image Viewer
- Video Player
 - Voice Recorder/Playerl
- True Color TFT LCD
- Rekabentuk yang menarik dan nipis
- MP3 & MP4
- SD Card 2G
- Camera 1.3 MP
- Screen resolution: 176x220

 Accessories:
- Device
- Earphones
- 2 Li-ion Rechargeable Battery
- Mobile phone charger
- User Manual
- Warranty Card
- Qibla Compass
- Surah Index
- USB Cable for Battery
- Charging

so,berkenan?? kalau nak tau lebih lanjut layari blog teman kita ini http://www.kuasadua.net/ p/s seperti aku kenal owner blog ini, x silap aku abang hadi asaddok roomate aku masa sekolah sri kukup dulu..x pe la aku try confirmkan ngan akak hayati selamat ataupun dak2 kukup.

Khamis, 25 Februari 2010

indahnya peribadi rasulullah saw

Ada satu kisah yang saya nak kongsikan pada anda(sahabat) tentang keperibadiaan Rasulullah.

Dipetik dari laman http://www.permaya.org/ moga dapat kita mencontohinya.



Ada seorang perempuan tua, rumahnya disinggahi oleh Rasulullah SAW dalam perjalanannya ke Gua Thur ke Madinah Munawarah. Perempuan tua itu kehairanan dengan kehadiran orang yang tidak dikenali itu. Kerana dengan serta-merta kambing-kambingnya banyak mengeluarkan susu sehingga dapat diminum oleh Rasulullah dan para sahabatnya dengan kenyang bahkan berlebihan pula.

Apabila suami perempuan tua itu pulang, dia menceritakan peristiwa yang terjadi. Katanya: “ Wahai suamiku, sebentar tadi aku telah didatangi oleh seorang lelaki dan beberapa sahabatnya. Kedatangannya telah membuatkan kambing-kambing kita yang telah lama kekeringan susu itu telah kembali mengeluarkan susu bahkan setelah diminum mereka masih berlebihan lagi ”.

Seterusnya suami perempuan tua itu bertanya tentang bagaimana rupa lelaki yang dimaksudkan oleh isterinya itu : “ Cuba ceritakan kepadaku tentang keadaan lelaki yang kau maksudkan itu”. Mendengar pertanyaan suaminya itu, lalu perempuan tua itu menceritakan demikian ”. Wahai suamiku, lelaki yang aku maksudkan itu berkeadaan demikian: rupa parasnya terlalu kacak, mukanya bercahaya, tingkah-lakunya menyenangkan hati, perutnya tidak memboyot, rambutnya kemas dan rapi sekali, segak, tampan, matanya hitam dan besar, rambutnya subur dan tebal, suaranya jelas dan lunak, lehernya jinjang, matanya hitam bercahaya, di susut-sudut matanya berwarna kebiruan asli, bulu matanya lembut dan tipis, rambutnya hitam dan ikal, diam dan ramah mesra, cantik dan menawan dipandang dari jauh dan amat segak dipandang dari dekat, manis ketika berkata-kata serta jelas tutur-katannya, tidak lebih dan tidak kurang dari yang perlu, percakapannya tetap, ukuran badannya sederhana, tidak rendah dan tidak terlalu tinggi, seperti setangkai ranting yang segar disunting dari sebatang pohon yang cantik, indah dipandang dan segak bentuknya. Sahabat-sahabatnya sangat setia dan selalu mengelilinginya, mendengar kata-katanya dengan diam dan patuh segera akan apa yang diperintahnya, mereka taat dan suka kepadanya, tidak banyak cakap dan tidak pula menyembunyikan.

Demikianlah gambaran-gambaran tentang keindahan dan keelokan Rasulullah SAW. Mudah-mudahan kita sentiasa terpaut hati kepada baginda dan mencintainya dengan mengikut sunnah hidupnya dalam semua hal.

Maulidur Rasul dan Bulan Rabiulawal

Assalamualaikum..sempena maulidurrasul yang akan kita sambut esok. Saya ingin berkongsi sedikit info dari laman jabatan mufti melaka mengenai bulan rabiulawal. Banyak peristiwa penting berlaku dalam bulan ini. Semoga ia memberi manfaat pada anda,sahabat.

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan di mana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah s.a.w telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan di antaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah s.a.w. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimana pun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Pelantikan Nabi menjadi Rasul. Di bulan Rabiulawal inilah Nabi s.a.w diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi s.a.w berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermula dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.



4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w di antara tentera Islam dan tentera kuffar. Di antara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.



5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengebumian jenazah Rasulullah s.a.w yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah s.a.w.

7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut. Masjid Haiga Sophia di Sepanyol yang telah ditukar menjadi muzium.

Rabu, 24 Februari 2010

Kualiti Lelaki Yang Menawan Perempuan

Sejauh mana kebenaran maksud di atas??
Kita sebagai lelaki jarang ambil berat perkara ini termasuk la anda kaum adam dan juga saya..kita tak payah nak nafikanlah. Tapi lelaki andai anda rasa anda dah termasuk dalam kualiti dibawah ini yang dicari seorang wanita/gadis. Mungkin anda yang terbaik dimata mereka atau pun sebaliknya.

Renung-renungkan...
Percaya Diri
Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton, maka teruskan bermain badminton dan juga cuba bermain bola sepak. Secara tidak langsung bakat dan kemahiran yang dimiliki akan menjadi lebih baik. Berdiri tegak ketika bercakap. Anda juga boleh melakukan senaman di bahagian belakang. Tetapi cara terbaik untuk membuatkan anda yakin pada diri sendiri ialah memandang wanita tepat pada matanya. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang. Si dia juga akan memberi tindak balas yang lebih baik.

Lelaki Lucu
 Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Anda dinasihatkan agar tidak bersama teman wanita ketika si dia bersedih. Kemungkinan ini akan membuatkan dirinya lebih berduka. Paling tidak, cuba mengingati filem atau kisah lucu yang anda pernah tonton lalu menceritakan kepadanya agar si dia kembali tersenyum. Pujukan dengan cara ini lebih menikamkalbu daripada memaksakan diri mewujudkan suasana ceria. Anda boleh mencari idea agar si dia dapat melupakan krisis yang dihadapinya. Di samping itu anda juga boleh membantunya menyelesaikan kekusutan yang melanda jiwanya.

Romantik
Wanita sebenarnya menginginkan lelaki yang romantik. Dan harus diingat romantik bukan bermakna gatal atau miang. Lelaki yang romantik ialah pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata. Sikap yang mengambil berat tentang diri mereka dan penyayang menjadi salah satu aspek yang sering diberi perhatian oleh wanita. Biarpun mereka kelihatan rugged atau agresif tetapi dalam hal pemilihan teman lelaki kebanyakannya mahukan yang romantik.

 Lelaki Bijak
Wanita sering bermimpikan lelaki yang bijak pandai. Untuk kecergasan, selalulah bersenam kerana ini akan menambahkan jumlah oksigen ke dalam otak. Fikiran menjadi lapang dan otak mudah menerima ilmu atau perkara baru. Wanita gemarkan lelaki yang bijak dan rajin membaca. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi anda boleh mencubanya. Pakai cermin mata tanpa kuasa kerana ini akan memperlihatkan anda seorang yang intelek. Selain kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang kelihatan intelek.

Suka Kanak-Kanak
Wanita menganggap seorang lelaki bijak adalah berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang termasuk menjaga kanak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Ini membuktikan anda layak menjadi bapa yang penyayang. Bijak Berdandan Lelaki juga hendaklah bijak merawat atau memanjakan tubuh. Selain pakaian yang sesuai dan kemas, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Selain itu, kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. Ada rasa nak tambah????

Deja Vu & Psikik

Profesor Hans Holzer dalam bukunya bertajuk “Han’s Holzer The Supernatural – Explaining The Unexplained” ada menceritakan tentang konsep Deja Vu (bahasa Perancis – dalam bahasa Melayu bermaksud “pernah dilihat”). Katanya ahli sains memberikan penjelasan bahawa Deja Vu berlaku oleh kerana kelewatan otak memproses maklumat visual yang diterima. Kelewatan ini memberikan gambaran seolah-olah suasana yang berlaku kepada penerima pernah berlaku sebelum ini.
Saya sendiri sekali-sekala mengalami proses Deja Vu ini dan ia melibatkan kombinasi visual, audio dan persekitaran. Deja Vu yang saya alami semuanya dalam tempoh beberapa saat. Contohnya pernah melihat sesuatu benda dan dalam masa yang sama mendengar percakapan seseorang.

Profesor Hans Holzer bagaimanapun mempersoalkan bagaimanakah konsep kelewatan maklumat tadi dapat dijelaskan sekiranya ia melibatkan satu pengalaman yang agak lama. Contohnya seseorang boleh menunjukkan arah dengan sangat dalam satu rumah yang belum pernah dilawatinya sebelum ini.

Belia juga ada menyebut tentang Extrasensory Perceptions (ESP) iaitu kebolehan mendapat maklumat awal tentang perkara yang akan berlaku. Katanya kebolehan ini sebenarnya normal dan ada pada setiap manusia, yang berbeza hanyalah kekuatannya.

Satu istilah lain yang menarik minat saya ialah Out of Body Experience (OOBE). Profesor Hans Holzer menjelaskan OOBE adalah pemisahan antara fizikal dan spiritual seseorang. Ianya biasa berlaku dalam mimpi. Apabila terpisah spirit (roh?) seseorang boleh melangkaui jarak, tidak ada sakit, dan tidak ada masa. Seseorang itu masih mempunyai kawalan ke atas spirit seperti biasa, cuma tanpa kehadiran fizikal. Oleh kerana OOBE juga, seseorang dapat merasakan pengalaman seperti terjatuh dari tempat tinggi sebelum terjaga dari tidur. Ini kerana kesan dari perubahan kelajuan di mana spirit tanpa fizikal mula menghampiri badan dan masuk semula.

Begitu juga dengan kebolehan seseorang untuk melihat seseorang yang telah tiada. Ianya ada kena mengena dengan kebolehan psikik seseorang.

Menurut beliau juga istilah supernatural sebenarnya terbit oleh kerana kita tidak mengetahui tentang sesuatu perkara. Sekiranya diketahui, ianya bukan lagi supernatural. Contohnya kebolehan untuk berkomunikasi tanpa wayar dalam jarak yang jauh, suatu masa ianya adalah supernatural tetapi tidak lagi kini.Ketakutan adalah oleh kerana tidak mengetahui, begitu kata profesor ini.

Wallahualam.

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog saya.. ~ Tinggalkan la komen . ~ jadi follower ,promise kaizer follow balik. ~ Please subscibe supaya tak miss update. ~ Remember!!!Jangan lupe klik iklan nuffnang,.hope u'all enjoy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails