Sabtu, 27 Mac 2010

Alleycats - Tangga-tangga ke pintu bahagia

Special 4 you Norhayati Selamat,.hehehe



Tajuk : Tangga-Tangga Ke Pintu Bahagia
Vokal : Alleycat

Mana silapnya arah yang aku jejaki
Yang ku temu hanya pintu sepi
Dalam keriuhan ku rasakan kekosongan
Jiwaku dahaga kasih sayang

Masih tak bertemu yang kucari dulu
Hati masih berlabuh
Dalam langkah perjalanan terkelir
Hilangnya arah tuju

Sungguh lama terpisah pandangan
sejak detik akhir pertemuan
Jauh meninggalkan dirimu dan diriku
Terpisah bersama waktu

Sejauh mana sekalipun aku berlari
Ingatan padamu menghantui
Aku tak mengerti dan tidak ku mampu lagi
Menahan gelora hati ini

Ingin ku kembali ke jalan yang dulu
Aku rindu padamu
Moga dibukakan semua pintu-pintu
Untuk ku bersamamu

Ingin aku mendaki semula
Tangga-tangga ke pintu bahagia
Mencari cahaya cintai yang sebenarnya
Antara aku dan dia


DOWNLOAD bagi versi mp3,.DOWNLOAD bagi versi mp4
Powered by 4shared.com

p/s my favorit old song,.alleycats tetap mantap..susah bawa lagu ni la.semput aku dibuatnya,.hehehe

Jumaat, 26 Mac 2010

Ahad, 21 Mac 2010

Hari ini,.aku nak jiwang sikit la,.nak mendeklamasikan satu puisi cinta wat xx-gf aku dulu,..wat sue,elly,endang,ila,tasha,wani,.terlast sekali nurul,.dengar la puisi karut kemaruk ini,.mcmla(-.-)



Masih tersimpan keraguan itu,
Jauh dilubuk hatiku,……..
Semua rasa yang masih tersimpan itu
Telah menawanku didalam cintamu yang tinggi
Aku berusaha untuk lepas dari dakapanmu
Tapi usahaku sia-sia belaka, benteng cintamu terlalu kuat
Aku masih terantai dibawah beratnya cintamu
Aku masih bertahan dalam dekapan hatimu
Aku masih mengingatmu dalam alam sadarku
Aku masih memanggil namamu dalam kesendirian
Walau kini kau tak lagi disisiku
Walau kau masih berharap cintaku
Walau kau masih menunggu hatiku yang rapuh……
Jauh dilubuk hatiku,……
Aku menangis cinta yang kumiliki


p/s aku adalah aku,..benci betoila jadi jiwang ni

Selasa, 16 Mac 2010

Pencapaian Terbaik

Assalamualaikum

Alhamdulillah,.xsangka lak menjadi yer,.baru saja rasmi hari ni,.kaizer perfume shop dah dapat beberapa pesanan,.walaupun tak ramai,bagi aku ni satu percapaian permulaan yang baik.

Terimakasih kepada 5 terawal dan juga pembeli lain yang memempah..insyaallah esok saya(kita tukar bahasa baik sikit ei) akan hantar pesanan u all..bagi pembeli lain walaupun anda tidak memesan set lengkap,anda juga akan dapat hadiah percuma dari saya,.saya turut selitkan sekali dalam pesanan anda nanti sebagai tanda penghargaan dan sokongan anda,..

Mari lah singgah kaizerperfume.blogspot .Lagi banyak anda beli, lagi bonus sampingan anda dapat. Itu tekad saya. Kepuasan Anda Keutamaan Kami. Pelbagai promosi akan kami berikkan dari masa kesemasa.
Meh singgah dulu..

Sekali lagi saya ucapkan terimakasih banyak2 kepada yang menyokong. Anda lah sahabat.

Ikhlas dari saya,
faizmazwan

Isnin, 15 Mac 2010

Toy-box - the sailor song

Kelmarin,.aku jalan2 la kat youtube..igt kan nak cari 'baby dance' sekali terjumpa lagu lama ni.. aku minat lagu2 toy-box masa aku sekolah dulu. masa tu punya la susah nak cari single diorang ni..lagipun budak kecik berhingus lagi mana ada wet,..asyik kena rotan adalah..sampai aku terlupa band ini. Bile dah jumpe tu teringat balik..the sailor song,best friend, tarzan and jane,teddy bear and super duper man antara lagu hit diorang masa tu..tapi aku showkan the sailor song dulu..yang lin isyaallah ada dalam 4shared aku.

Title : The Sailor Song
Vokal : Toy-Box
Album : Fantastic(1999)

So if we all come together, we know what to do
We all come together, just to sing we love you
And if we all come together, we know what to do
We all come together just for you

Racing all around the seven seas
Chasing all the girls and making robberies
'Causing panic everywhere they go
Party-hardy on Titanic

Sailing, sailing, jumping off the railing
Drinking, drinking 'till the ship is sinking
Gambling, stealing, lots of sex-appealing
Come, let us sing the sailor-song

So if we all come together, we know what to do
We all come together, just to sing we love you
And if we all come together, we know what to do
We all come together just for you

Sailorman, you really turn me on
Now the guys are gone, come and let us get it on
Girls like me are pritty hard to find
So if you go, I'll kick your Heine

Sailing, sailing, jumping off the railing
Drinking, drinking 'till the ship is sinking
Gambling, stealing, lots of sex-appealing
Come, let us sing the sailor-song

So if we all come together, we know what to do
We all come together, just to sing we love you
And if we all come together, we know what to do
We all come together just for you

Now, let's fight!
Ha, that's not a knife, this is a knife!
AI!

Sailing, sailing, jumping off the railing
Drinking, drinking 'till the ship is sinking
Gambling, stealing, lots of sex-appealing
Come, let us sing the sailor-song

So if we all come together, we know what to do
We all come together, just to sing we love you
And if we all come together, we know what to do
We all come together just for you

I'm king of the world!
Wow, this was great!
Yeah, baby, you can sail my ship

And if we all come together, we know what to do
We all come together just for you


DOWNLOAD dari 4shared bagi versi mp3, dan DOWNLOAD bagi versi mp4.

p/s syok man.....

Ahad, 14 Mac 2010

Alice In Wonderland

Ntah kenapa hari ini aku rasa macam promo satu benda ni je..FILEM,.. alice in wonderland..filem ni baru di tayangkan 11hb3 yang lepas kat malaysia,..jadi sebelum aku nak tgk filem,..aku surf lah dulu kat mana website,..last2 aku terjumpala benda ni,..so korang baca la sinopsisnya ni.macam gempak sih.
Jenis Film : Fantasy/family – umum
Produser : Richard D. Zanuck, Joe Roth, Suzanne Tood, Jennifer Todd
Produksi : Walt Disney Pictures
Homepage : http://adisney.go.com/disneypictures/aliceinwonderland/ Pemain : Johnny Depp Mia Wasikowska Anne Hathaway Helena Bonham Carter Crispin Glover Stephen Fry
Sutradara : Tim Burton
Penulis : Linda Woovelton

Sinopsis:-
Kingsleigh Alice, 19 tahun, menghadiri pesta di Victoria estat setelah kematian ayahnya tercinta. Disana, tanpa sepengetahuan Alice, sebuah pesta pertunangan telah direncanakan oleh ibu dan saudara perempuannya. Saat seorang pemuda sombong dan membosankan, Hamish Ascot melamar Alice di gazebo dan disaksikan ratusan warga dari berbagai jenis, perhatian Alice justru tertuju pada kelinci berbintik putih yang mengenakan rompi dan arloji saku. Dalam keterkejutan dan kebingungan, ia berlari ke dalam labirin mengikuti si Kelinci Putih, hingga ia terjatuh ke dalam lubang menuju negeri Underland, di mana ia telah mengunjunginya sepuluh tahun yang lalu, tetapi ia tidak mengingatnya tetapi penduduk dari dunia sihir mengingatnya dan merindukannya. Di Wonderland, ia bertemu kembali dengan teman-teman masa kecilku, termasuk Mad Hatter, yang memberitahukan Alice bahwa mereka membutuhkan bantuannya menyingkirkan Ratu Merah, yang telah merebut Wonderland dari adiknya, Ratu Putih.
Alice mulai beraksi – tubuhnya mulai membesar dan mengecil – dalam petualangan menemukan jati dirnya sekaligus menyelamatkan Wonderland beserta teman-temannya. Apa akan terjadi pada alice,.??

Jumaat, 12 Mac 2010

Proton Emas

FUHyooo!!!!!!
Gempak sih,..proton emas,..tapi tak berwarna emas pun,.mungkin sebab konsep nya kot,.kereta ini agak kecil sedikit berbanding myvi,..mengunakan engin kuasa hybrid(kuasa hp kecil),.dan agak mahal tapi dalam mewah beb,.ini adalah permulaan terbaru buat proton dalam menerokai zaman akan datang yang lebih unggul dan lebih pelik,..(cakap kereta masa depan kan senang),.apapun ni aku ambil dari berita harian,.tarikh aku tak ingat la,.mingu lepas punya ni,.korang check-up la sendiri,.

GENEVA: Proton Holdings Bhd melancarkan tiga kereta konsep, siri Emas, yang akan membantu meningkatkan tarikan globalnya serta membina kereta untuk pasaran dunia pada masa akan datang. Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamed, berkata Proton sedang memutuskan reka bentuk akhir dan berharap memulakan kerja membinanya secepat mungkin. "Ia akan mengambil masa lebih setahun. Saya mahu lakukannya dalam tempoh setahun, tetapi mereka berkata ia akan mengambil masa yang lebih panjang," katanya kepada media Malaysia pada pelancaran kereta konsep di pameran Kereta Antarabangsa Geneva ke-80 di sini, hari ini. Siri Emas, akronim bagi “Eco Mobility Advance Solution”, pada masa ini menawarkan tiga varian dan adalah usaha sama dengan Lotus dan firma reka bentuk Itali, Italdesign Giugiaro. Dilancarkan sempena jubli perak Proton tahun ini, siri EMAS dibangunkan sesuai dengan deskripsi kereta kompak dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan ruang tempat duduk penumpang. Ia terdiri daripada Emas hatchback lima pintu empat tempat duduk untuk keselesaan pemanduan, Emas Country hatchback dengan tiga pintu lima tempat duduk serta Emas3 dengan tiga pintu 3+1 tempat duduk, untuk pemanduan di bandar. Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, berkata kelebihan jualan kereta-kereta terbabit ialah ruang dan keselesaan sambil mengekalkan dimensi kecilnya. "Dari luar ia nampak sangat kecil, namun dalamanya bersaiz SUV. Daripada sudut pandangan pemandu ia sangat selesa," katanya. Syed Zainal berkata, Proton mendengar pandangan pelanggan untuk memastikan pembangunan kereta global yang memenuhi keperluan dan jangkaan mereka. Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh, berkata pada pelancarannya, memenuhi jangkaan global adalah cara yang penting dalam pembangunan pasaran pembuat kereta nasional mulai sekarang. "Kami menyedari bahawa pasaran domestik sangat terhad dan ia adalah permulaan baru untuk kami. Dan bagi Proton untuk melangkah ke depan, kami perlu memasuki pasaran yang lebih besar," katanya.

Sumber : Berita Harian

p/s korang rasa aku boleh design kereta sendiri x????

Rabu, 10 Mac 2010

Berita Terbaru

DENGAN INI DI MAKLUMKAN,. FAIZERKAIZER AKAN MEMBUKA SATU SHOP PERFUMES BARU.
AKAN DIRASMIKAN PADA 15HB3,2010
5 PELANGGAN PERTAMA PADA HARI ITU YANG MEMESAN
SET LENGKAP BIASA ODP (pek baru)
rm400(sm)/rm450(ss)
AKAN MENDAPAT 1 BOX PARADISE PERFUMES YANG BERHARGA RM32 PERCUMA.
JANGAN BERLENGAH LAGI. SAHUT CABARAN 5 YANG PERTAMA.
BUAT BAYARAN DAN EMAIL TERUS KEPADA SAYA.

CONTOH PEK BARU ODP

Sabtu, 6 Mac 2010

Kisah sebenar di gaza

Petikan buat kita renungkan bersama Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1 Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2 Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3 Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4 Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5 Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!

Peristiwa 6 Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, “Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?”, lalu baginda menjawab, “Aku mahu berperang di Gaza!!!”. MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza, di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasuki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan di bahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan telivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera berwarna hijau seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

9. Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS. “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. ” (Fussilat:52). Diambil dari :Ustaz Halim ( inijalanku.wordpress.com )

p/s jihad fisabilillah,...

Hati seorang lelaki


Pernah satu ketika dahulu aku begitu mengharapkan sebuah percintaan yang sejujurnya dari seorang insan bergelar hawa. Mungkin kerana diri yang begitu yakin akan menemui impian ku itu, aku tidak pernah terfikir untuk gagal dalam cinta. Mana bisa kecundang…aku seorang yang amat baik hati, suka membantu, suka memberi hadiah, penyayang, begitu mengambil berat kepada dia yang aku sayangi… merindu adalah satu sifat ku…dan akan ku kejar cinta itu selama-lamanya. Bagi hati lelaki ku ini, pendirian ku adalah pendirian hawa jua. Jika aku jujur, ikhlas menyayanginya, sudah pasti dia begitu. Sememangnya sehingga kini aku masih berpendapat begitu. Mengapa harus curang sekiranya lelaki ini begitu baik, begitu sayangkannya… Tetapi seperti ramai yang mengenali diri ini, sesungguhnya aku selalu gagal, malah gagal dan gagal lagi. Namun, dalam masa yang sama aku juga pernah mengecapi rasa dicintai, disayangi, dirindui sebagaimana aku jua mencurahkan segala-gala rasa ku kepada hawa. Lalu, aku tidak pernah mahu putus asa untuk terus memburu cinta yang kuidamkan. Apa aku bisa menggapainya?...aku sendiri tidak pernah tahu. Apakah dengan lagak ku yang perkasa, aku tidak bisa terkecewa? Apakah langkah tegap ku maka aku bisa menerowong gunung? Apakah dengan ayat-ayat cinta, tutur yang berbisa, suara yang lunak maka aku bagai Malaikat yang terbang dengan beribu-ribu sayap di badannya? Kekecewaan dalam percintaan ku sudah bagai madu dan racun, manis dan kelat. Ya! Aku juga sama seperti hawa. Mungkin aku kelihatan begitu tabah, aku mungkin tampak segak bergaya dan bagai berani merempuh gelung api yang sentiasa cuba menyambar ku, menyelubungi rentak tari ku…tetapi jauh di sudut hati lelaki ku ini…aku juga lemah, aku juga pernah tersandung ke tanah, menangis seperti anak kecil yang hilang ibu dan ayah… Aku bisa berkata, jangan itu dan ini, aku juga menjadi penunjuk cara itu dan ini…namun, ianya cukup mudah untuk dilafazkan, teramat perit untuk dilaksanakan…tapi, bukankah sudah tiada jalan lain melainkan menempuh kesukaran itu untuk berjaya mengecapi cinta yang didamba? Sebagai seorang lelaki…aku akur dengan hawa yang selalu mengatakan, “Susah, susah, susah!”…aku akur kerana aku juga memahami apa yang mereka rasa, kerana hati lelaki ku jua merasa seperti apa yang mereka rasa…Walau aku begitu ingin melihat ramai diantara mereka yang mencari kepastian dari ku, agar berjaya di akhirnya. Tapi apakan daya ku, jika mereka sendiri mahu mengalah sebelum bertarung. Aku hanya dapat berdoa, “Ya Allah ya Tuhan ku…limpahkanlah kurnia mu agar semua hawa di dunia ini akan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat…Amin!”

p/s aku lebih suka single,.banyak yang aku kena buru,...erm

Rabu, 3 Mac 2010

Lima serangan terhadap rangkaian sosial

Kini laman web rangkaian sosial seperti YouTUBE, Friendster, Myspace, Facebook, dan Twitter melebihi fungsi asas sebagai pengantara untuk berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Perkembangan pesat laman-laman web ini juga membuka saluran baru kepada syarikat-syarikat untuk berkomunikasi dan berhubung dengan rakan-rakan perniagaan dan para pelanggan mereka.

Syarikat korporat sedang menyelidik dan mengkaji penggunaan saluran rangkaian sosial yang bercirikan kos efektif bagi tujuan memperbaiki operasi perniagaan, meningkatkan daya pengeluaran serta memperbaiki komunikasi dalaman di kalangan para pekerja yang kian bertambah. Bagaimanapun, laman-laman rangkaian sosial ini berkemungkinan mendatangkan bahaya dan risiko yang baru kepada rangkaian-rangkaian korporat tanpa diketahui oleh orang ramai. Justeru, industri adalah dinasihatkan supaya tidak terlalu agresif dalam mengikuti aliran semasa terbaru ataupun tergesa-gesa untuk menjadikan rangkaian sosial sebagai alat komunikasi. Disebabkan laman-laman rangkaian sosial kian dijadikan sebagai alat pemasaran, semua syarikat dengan penggunaan perkhidmatan atas talian sepatutnya diberitahu mengenai

Lima Serangan Rangkaian Sosial yang Utama yang mana mereka berkemungkinan besar akan terdedah kepadanya semasa meletakkan syarikat mereka dalam talian dan cara bagaimana yang boleh dilaksanakan bagi melindungi diri mereka.

1. Malware – cecacing Koobface telah mengancam Facebook buat jangka masa yang agak panjang, dan ia turut menjadikan Twitter sebagai sasaran buat kebelakangan ini. Serangan adalah melalui kejuruteraan sosial, disebabkan para pengguna biasanya dikelirukan untuk klik ke atas pautan berniat buruk yang bersembunyi dalam pesanan peribadi dan berpura-pura sebagai kawan (yang mungkin menjangkiti diri mereka).

2. Hak persendirian – Pengguna yang mempunyai kecenderungan untuk mendedahkan maklumat peribadi yang melebih dalam talian, sebagai contoh, rangkaian sosial, komen, gambar-gambar ahli keluarga, berkenaan dengan tempat kerja dan sebagainya. Ini membolehkan maklumat berkenaan jatuh ke tangan penjenayah siber yang tidak beretika serta disalahgunakan untuk menggodam ke dalam soalan-soalan keselamatan perkhidmatan dalam talian dengan lebih efektif, seterusnya terdorong mencuri identiti. Penggodam juga boleh menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan menjana serangan yang telah disasarkan. Sebagai contoh, seseorang penggodam sanggup menghabiskan masa selama beberapa minggu tanpa rehat dan beberapa liter kopi demi menembusi rangkaian korporat sesebuah syarikat dan cuba untuk mencari kelonggaran di dalam sistem keselamatan rangkaian sasarannya. Selain itu, dia boleh mencari nama akauntan kewangan, kemudian mengambil masa lima minit untuk semak imbas profil sosialnya, seterusnya lima minit lagi untuk menulis e-mel yang berlandaskan minat akauntan berkenaan yang bernasib malang. e-mel tersebut adalah pembawa pautan berniat buruk atau dokumen yang berniat buruk.

3. Tipu helah (phishing) – Rangkaian sosial merupakan gudang yang kaya dengan pelbagai maklumat, dari maklumat dan profil peribadi sehinggalah pesanan dalam profil yang mungkin memudahkan penjenayah siber mencipta pesanan e-mel palsu ataupun laman web palsu (lebih dikenali sebagai laman phishing). Ia dihasilkan bagi mengumpan mangsa-mangsa supaya memaparkan maklumat peribadi yang sensitif seperti nama pengguna dan kata laluan atau nombor kredit kad.

4. Kecacatan laman – Pada awal bulan Jun tahun lepas, suatu kelonggaran telah dijumpai dalam Facebook yang memberi kuasa kepada para penggunanya untuk mengimbas maklumat asas daripada sebarang akaun yang lain, bergantung kepada tahap hak persendirian yang telah ditentukan oleh pengguna. Maklumat tersebut termasuklah nama ibu, biasanya digunakan sebagai soalan keselamatan atas talian dan pemeriksaan keselamatan kehidupan seharian. Kelonggaran itu telah dibaik pulih pada 23 Jun, tetapi seperti mana kepingan yang diprogramkan 100 peratus, kesemua laman-laman sosial ini mempunyai kecacatan. Sebagai makluman, sesetengah daripada kelemahan ini telah pun dikemukakan, sementara yang lain belum lagi ditemui. Oleh itu, para pengguna perlu berwaspada terhadapnya.

5. Spam 2.0 – Salah satu kemungkinan yang menyebabkan penjenayah siber memancing bagi akaun rangkaian sosial adalah untuk menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan pengiklanan dan spamming. Justeru itu, bagaimana anda boleh melindungi syarikat anda (nilai jenama di risiko) serta diri anda dalam keadaan yang sedemikian? Baiklah, yang pertama, anda boleh lebih berwaspada apabila menerima pesanan (meskipun ia datang daripada kawan) yang kelihatan pelik. Sebagai contoh, mengajak anda untuk menonton video.

Apakah yang perlu dilakukan oleh orang ramai bagi menentang serangan tersebut? Berwaspadalah apabila menerima pesanan (meskipun ia datang daripada kawan) yang kelihatan pelik (terutamanya jika ia mengajak anda untuk menonton video). Jangan memasang Codec apabila suatu laman menggalakkan anda supaya berbuat demikian – bagi laman video gerakan atas talian yang popular seperti YouTube yang menggunakan Flash, anda tidak perlu Codec video.

p/s hari2 aku buka fb n youtube.. x lupe blog yang aku sayang ini. muahz..muahz..

lawak muntah n anak bapa

Ahhh..sekarang kita layan pula lawak ini..

Muntah-muntah
Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandingan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang di dalamnya dimasukkan 10 ekor kambing. Peserta pertama dari Amerika.. Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah. Peserta kedua dari Jepun.. Baru 10 minit dia sudah pengsan. Peserta ketiga dari Afrika, Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah. Terakhir peserta dari Bangladesh… Baru 1 minit… 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.

ANAK DAN BAPA
Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah. Jamil: Ayah, tadi saya dimarahi oleh cikgu! Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil? Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu. Ayah: Apa yang cikgu tanya? Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington. Ayah: Itu pun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!

p/s nanti aku show kan banyak2 k...

8 petanda jodoh kamu.

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
 Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagiaan kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

KALAU DAH DITAKDIRKAN ITU ADALAH ORANGNYA..ITULAH JODOHMU..

p/s aku yang masih sendiri...ermmmm

Sungai dalam laut???

Macam pelik bunyinya, tapi apa pun korang baca lah entri dibawah..aku petik dari laman orang lin. Ini la buktinya bahawa air tawar dan air masin xpernah bercampur.

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery ' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez .

Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."
Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu ' lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.


Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur ' an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur ' an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20.

Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur ' an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam. Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air."
Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Bagi aku, itu lah kekuasaan ALLAH, Dia Yang Maha Mengetahui.

Selasa, 2 Mac 2010

labah-labah

Arini aku nak kongsi cerita pasal serangga yang satu ini, labah-labah si arkitek tapi aku lebih fokuskan pada benang spesies labah-labah yang ini.. Labah-labah Labah-labah merupakan haiwan invertebrat pemangsa yang menghasilkan sutera, dan mempunyai dua tagma, lapan kaki, mulut tidak boleh mengunyah dan tiada sayap. Labah-labah dikelaskan dalam susunan Araneae, satu daripada beberapa susunan dalam kelas araknid yang lebih besar, kumpulan yang turut mengandungi kala jengking, tungau, sengkenit, dan falangid. Pengkajian labah-labah dikenali sebagai araknologi, dan mereka yang mengkaji labah-labah sebagai ahli araknologi.

Labah-labah bernama Dinopis mempunyai kebolehan memburu yang hebat. Selain daripada menenun sebuah jaring dan menanti mangsa, ia juga menenun satu jaring kecil yang luar biasa untuk dilontarkan ke arah mangsanya. Kemudian, ia akan membalut dengan kejap mangsa tersebut dengan jaring ini. Serangga yang telah terperangkap tidak dapat berbuat apa-apa untuk melepaskan dirinya. Jaring tersebut dibina dengan begitu sempurna sehinggakan serangga-serangga akan menjadi lebih terjebak apabila ia makin cemas. Untuk menyimpan makanannya, labah-labah membalut mangsa dengan benang-benang tambahan, seolah-olah seperti ia dibungkuskan. Bagaimana labah-labah ini dapat membina sebuah jaring yang begitu menakjubkan dengan reka bentuk mekanikal dan struktur kimia? Adalah mustahil jika labah-labah ini memperolehi kebolehan seperti ini secara kebetulan, seperti yang didakwa oleh para evolusionis. Labah-labah tidak mempunyai keupayaan untuk belajar atau mengingat, malah ia tidak mempunyai otak untuk menjalankan tugas-tugas ini. Jelaslah, bahawa keupayaan ini telah dianugerahkan kepada labah-labah oleh penciptanya, Allah, Yang Maha Berkuasa. Berbagai keajaiban-keajaiban penting tersembunyi di dalam benang labah-labah ini. Benang ini, dengan diameter kurang daripada seribu per satu milimeter, adalah lima kali lebih kuat daripada wayar besi pada ketebalan yang sama. Benang ini mempunyai satu lagi karakteria lain, ia amat ringan. Panjang benang ini mampu mengelilingi bumi ini dengan hanya berat 320 gram.164 Besi, satu bahan khas yang dibuat di dalam perusahaan industri, adalah bahan terkuat yang dihasilkan oleh manusia. Bagaimana pun, labah-labah dapat menghasilkan di dalam badannya benang yang jauh lebih kukuh daripada besi. Manusia menghasilkan besi berdasarkan pengetahuan dan teknologi orang yang terdahulu; kalau begitu, pengetahuan dan teknologi manakah yang labah-labah guna untuk membuat benangnya? sekarang ini pelbagai kajian khusus mengenai benang labah-labah ini telah dijalankan dalam proses perbuatan baju kalis peluru(huh,perlu banyak tu). Malah, untuk proses itu, mereka ini di teknak(macam pelik bunyinya) untuk dapatkan benangnya. Seperti yang dapat kita lihat, semua kualiti teknologi dan teknik yang ada pada manusia adalah lebih mundur daripada seekor labah-labah.
Ketahui lebih lanjut tentang labah-labah ini layari YouTUBE

Nak Balik??

Di suatu hari di sebuah ofis.....
Seorang bos entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari ni..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari ni dia kasi tapi alasannya mestilah munasabah lagi kukuh. Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang aje! Tau-tau macam tu ada 4 orang pekerja bawahan datang minta balik awal..

Pekerja 1 : A'kum Bos, boleh saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah bos, leh tak?
Bos : Tak boleh!!!Kat sini kan ada surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya..!

 Pekerja 2 : Saya boleh balik awal kot Boss?
Bos : Hang apa pasai?
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng?
Bos : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: A'kum Bos!
Bos: Hai? pasal pulak ni? Nak balik awal gak ke?
Pekerja 3 : Errrrr!! Yer bos, bos baik!! He..heee!
Bos: Alasan apa lak ngko nie?

Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati.. Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...! Boleh kot boss yer pulang awal?
Bos : Tak bolehhh!!! Itu fardu kifayah je! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyang kan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja..

Pekerja 4: A'kum Bos! Saya nak balik awal boleh tak arini?
 Bos : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kata dia dah boleh sembahyang!
Bos: Yer ker? Ha! Kalau gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee cenyum cemua..kiu..kiu

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog saya.. ~ Tinggalkan la komen . ~ jadi follower ,promise kaizer follow balik. ~ Please subscibe supaya tak miss update. ~ Remember!!!Jangan lupe klik iklan nuffnang,.hope u'all enjoy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails