Sabtu, 25 Disember 2010

MerryX’mas

Selamat Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian seMalaysia.

Merry-Christmas

Khamis, 25 November 2010

Selamat berjaya pelajar SPM, STPM dan STAM

z_explode SPM , STPM dan STAM dah pun menjengak,. pelajar2 ni sedang menduduki peperiksan besar tahun ni,. penentuan masa depan di kemudian hari. Apa pun adik-adik, buat lah berbaik k. Jangan tido semasa exam.aku tido tak pez_sleep Perah kepala lah otak itu biar sampai kering. Sapa suruh memain time studi dulu. padan muka.z_devil hahaha.

exam2

Teringat aku time periksa dulu. Meja aku ditengah2 dewan. member kiri kanan memang budak pandai, so boleh lah tiru. Untuk pelajaran yang aku lemah terutama BI, Matematik Tambahan, Bahasa Arab dan Kimia, masa ini aku akui, aku rajin wat toyol.z_devil Nasib tak pernah kantol..tapi sebenarnya kan aku teringin nak exam balik seperti itu. Perasan masa nak menjawab exam tu memang menakutkan. Korang sendiri pernah kena kan. Memang ngeri. Tapi aku masih rindu perasan itu. hahaha

z_smile Untuk dak2 SSK batch 2000-2003 dan SMKAJB batch 2004/05. Aku rindu kat korang. Bila nak wat reunion ni. Untuk Otot. Selamat Pengantin Baru. kuang3x

Rabu, 17 November 2010

Lagu Islamik Free Download

z_wink Salam Aidiladha, aku ucapkan kepada semua Umat Islam Sedunia terutama di Malaysia. Disini ku himpunkan 16 lagu nasyid terbaik bagi diri ku untuk dikongsikan pada korang semua. Dengar dan hayati lah tiap bait lirik lagu-lagu ini. Sungguh indah dan tanpa sedar, airmata korang pasti menitis jua. Percaya la.z_cry2

Antara 16 lagu tersebut (60mb dalam fail .zip) : -
1)Hijjaz - Doa Pagi
2) Qasidah Istighfar
3) Opick - Alangkah Indah
4) Opick - Allah Ya Nur
5) Opick - Cahaya Hati
6) Qathrunnada - Cinta Agung
7) Rabbani - Apa Yang Kau Tahu
8) Rabbani - Cari Pasangan
9) Rabbani - Pergi Tak Kembali
10) Raihan - God Is The Light
11) Raihan - Peristiwa Subuh
12) Raihan - Thank You Allah
13) SaffOne - Zikir
14) Madrasah Aljunied - Doa Taubat
15) (Bonus) Puisi Islam - Di Pondok kecil
16) (Bonus) Puisi Islam - Selimut Putih

GifDownload4-1 

p/s Sahabat sekalian, hayati lah makna sebenar kejadian kita di muka bumi ini. Kita hanya meminjam semua yang kita dapat hanya dari-Nya. Ia tidak akan kekal lama, jadi jangan bongkah dan takbur. Sentiasa ingati diri-Nya, wahai sahabat. Insyallah kita diberkati dunia akhirat. Insyallah. z_sunglasses

Jumaat, 12 November 2010

OST Magika Full Free Download

z_pirate Dah tgk filem MAGIKA? Aku tak nak komen pasal filem tu tapi aku nak share OST Magika. Mengandungi 14 buah lagu various artist yang telah diselitkan dalam filem ini, turut diselitkan 2 lagu bonus yang tiada kaitan sebenarnya (apa pun aku suka lagu2 tu). Jika lagu2 ni masih terjual diluar sana. Beli lah yang original k. Majukan lah muzik tanahair.z_disco

Ost_Magika

Antara lagu (53MB dalam fail zip-mp3) :-

1) Aznil Nawawi & Diana Danielle - Baik Kau Pulang Segera ;
2) Barisan Pelakon Magika - Selamat Tinggal Magika ;
3) Diana Danielle, Fimie Don, Dato' Jalaluddin Hassan & Fauziah Ahmad Daud - Tidur Dahulu ;
4) KRU - Kita Bersaudara ;
5) M. Nasir, Mawi, Diana Danielle & Fimie Don - Naga Tasik Chini ;
6) Mawi & Danielle - Senyummu Lagi ;
7) Mawi & Diana Danielle – Kehilangan ;
8) Mawi, Ziana Zain, Diana Danielle & Fimie Don - Siapa Lebih Berkuasa ;
9) Ning Baizura - Asal Menjadi Cantik ;
10) Raja Azura - Baik Kau Pulang Segera (Interlud) ;
11) Ziana Zain - Rahsia Awet Muda ;
12) Ziana Zain, Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Adibah Noor & Mohd Afiq Fikri - Mana Nak Lari ;
13) Maya Karin - Magika ;
14) Diana Danielle Feat Mawi - Penyembuh Rindu

15) Maya Karin - Gebang.mp3 ( Maaf , i miss this song; cari sendiri di 4shared k);

z_sunglasses 2 lagu bonus telah diselitkan sekali (+5mb).

1) Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet - Kalau Berpacaran ;
2) Mawi - Lagu Tema Belalang

DOWNLOAD dari 4shared ku. Enjoy k.

p/s Sesetengah lagu mungkin ada yang rosak. Harap maaf. Jadi lah friend/melanggan blog ini supaya anda tak miss lagu-lagu terbaru dan software2 free.ok.

Jumaat, 5 November 2010

Kawad Berirama

z_explode Video kat bawah ini adalah kawad kaki berirama Kadet Remaja Sekolah (KRS) sebuah SMK. Aku saja share tuk korang sebab bagi aku, persembahan diorang memang menghiburkan dan lucu. Bukan sesuatu yang mudah untuk buat persembahan terutama dalam keadaan berkawad kaki, ia perlukan disiplin yang tinggi. Tabik spring tuk mereka-mereka ini.. z_sunglasses

p/s Enjoy tak??  Dan untuk lebih lagi video-video seperti ini, cari sendiri kat YouTube k. Ada banyak sebenarnya.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Download lagu dan lirik Maher Zain

 z_sunglasses Bagi yang masih mencari lagu dan lirik Maher Zain. Aku sertakan fail zip lengkap semua lagu mp3 dan lirik pdf Maher Zain untuk korang. Fail ini sebesar 67.8mb, jadi bersabarlah semasa download k. Andai diluar sana masih terjual album beliau, sila dapatkan yang original k.

Antara tajuk lagu dari album pertama Maher Zain (Thank You ALLAH):-

1) ALWAYS BE THERE
2) YA NABI SALAM ALAYKA
3) INSYAALLAH
4) PALESTINE WILL BE FREE
5) THANK YOU ALLAH
6) ALLA HI ALLAH KIYA KARO (feat. Irfan Makki)
7) THE CHOSEN ONE
8) BARAK ALLAHU LAKUMA
9) FOR THE REST OF MY LIFE
10) HOLD MY HAND
11) AWAKEN
12) SUBHANALLAH (feat. Mesut Kurtis)
13) OPEN YOUR EYES

DOWNLOAD full album dari 4shared

p/s maaf lama sangat,. cume sekarang baru free nak bagi linknya. Hope you all enjoy.z_pirate

Ahad, 17 Oktober 2010

Buat window korang jadi 3D

Nama : T3desk2010 v10.09
Hakmilik sepenuhnya : http://www.tehnif.com/ n http://www.ldassistant.com/
Status : Versi percuma
Keperluan : OS windows2000 ke atas
Size : 1mb

T3Desk preview

Nak window-window kat desktop pc or laptop korang nampak gempak tak seperti kat atas ni. Boleh jadi 3D. Programnya tak besar dan ia tak guna banyak operasi ram korang walaupun korang pakai 64mb sekalipun. Program ini boleh beroperasi di kebanyakan OS. 

Software ini jarang aku pakai tapi bila boring2 tu. Main2 lah kejap. syok o.. nampak smartkan n tersusun. ermmm… 

Apa yang perlu korang buat,
1) Download software .zip (1mb je) dari website pengeluar atau link 4shared aku kat bawah ni; perlukan software winzip atau winrar untuk buka.
2) Install di laptop/pc korang.
3) Finish, running software.
4) Belek2 dan fahami la kejap. .
5) Enjoy!!!

DOWNLOAD dari tehnif.com Atau DOWNLOAD dari 4shared aku.

p/s Sapa pakar wat program ataupun hacker? aku nak test wat program la, software apa ye sesuai. Please bagitahu aku..

Sabtu, 16 Oktober 2010

Software Penganti (tabdock)

Nama : ObjectDock v1.90,Build 536
Hakmilik sepenuhnya : http://www.stardock.com/
Status : Versi percuma
Keperluan : OS vista ke atas
Size : 12mb

wqw

Penah tak bila korang tgk desktop pc/laptop korang.. korang rasa sarat sangat. kadang tu rasa menyemak sangat dengan bermacam2 program dan folder kat desktop. Korang lei guna software ini sebagai ganti icon2 kat tepi tu. ia mungkin mengunakan sikit ram korang tapi bagi aku program ini memang menarik terutama bab animasinya memang cantik.  

Kadang2 aku pakai, tapi biasanya aku biarkan je. 

Apa yang perlu korang buat,
1) Download software .zip (12mb) dari website pengeluar atau link 4shared aku kat bawah ni; perlukan software winzip atau winrar untuk buka.
2) Install di laptop/pc korang.
3) Finish, running software.
4) Belek2 dan buat la modification sikit. .
5) Enjoy!!!

DOWNLOAD dari stardock.com Atau DOWNLOAD dari 4shared aku.

p/s korang suka tak, insyAllah, jika ada banyak lagi software2 yang best terutama free, aku inform lg..tapi jika korang ada korang bolei kongsi juga.. komen la kat bawah k.

Ahad, 10 Oktober 2010

GA Blue Watches

z_strong Hey, korang. Nak bagitahu ni, Kaizer Collection ada barang baru nak dijual. Ini die GA BLUE watches. Admin Kaizer Collection iaitu aku nak bagi special price tuk korang bagi dua model kat bawah ini (sebenarnya 4model, tapi 2model dah abis stok-jual offline) . Yang penting harga terbaik punya,. so apa kata korang klik link kat bawah ini tuk check-up jap,. ok.

- GA BLUE WATCHES at Kaizer Collection

G8105G7006k

p/s Ini first time aku jual jam tangan,. nak tgk sambutan dulu. Jika ok, aku tambah lagi model2 GA Blue yang lain..Maybe, akan ada jenama lain juga. Lagi satu, aku cari pemborong jam tangan manik la. Yang penting bawah rm15/unit ke bawah dan kualitinya bagus Sapa tahu, please komen kat bawah ini ye,. Nanti kalau aku jadi borong, aku bagi gift jam GA blue yang terbaik tuk korang.. Please2x..

P. Ramlee cipta Facebook

z_thinking Sudah lama aku tak tgk cerita P. Ramlee. Korang mesti setuju bila aku kata filem arahan dan lakonan Arwahyarham P.Ramlee memang menghiburkan. Dek kata orang lama, tak luput ditelan zaman. Aku pun cari2 la vcd2 lama lakonannya. Tak silap ayah aku pernah simpan koleksi vcd P.Ramlee tapi sedih la banyak yang dah rosak.
Tapi yang aku tak boleh tahan, bila aku tgk “masam-masam manis” sampaikan aku rewind banyak kali tuk pastikan. Aku tak sangka status kita yang kita guna kat facebook sebenarnya P. Ramlee dah buat dulu. Tapi cara dia buat lain, dia guna pintu gerobok (cakap Johor maksud = almari ) sebagai ganti wall untuk tunjukkan status die. Tak percaya tengok gambar kat bawah ini.z_clap
fb01 Masih bujang = Single
fb02
Dah Ada Kawan = In a Relationship
fb03 Burong dah terbang = It's Complicated
z_wink Sekarang korang percaya?,. tak silap aku filem seterusnya adalah nujum pak belalang. Rupanya die betul-betul jadi nujum.
p/s maksud lain bagi Burong dah terbang adalah twitter.. haha. Korang juga minat P.Ramlee? apa kata korang komen kat bawah, Luahkan sahaja.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Tahukah anda jantina Laptop/pc anda?

z_sherlock Hahaha,. jangan tak tahu, laptop atau pc korang pun ada jantina tau. Macam pelik je bunyinya.  Aku dapat tip ini dari member kat facebook. Jadi aku nak kongsi la kat korang. Nak tahu ke? ok la korang checkup kat bawah ni. Ikut step by step k.z_pirate

1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad : CreateObject ("SAPI.SpVoice").Speak"I love You"

Edit

2. Tekan file > save as…, ubah  save as kepada All Files (save kat desktop je). Rename kan Love u.vbs

3.Close notepad. Pergi desktop. double click file (love u.vbs).

Edit2

Cuba dengar bebaik suara i love you ituz_kiss . Kalau garau, maknanya laptop/pc korang tu jantan. kalau lembut semacam tu betina. Kalau tengah2, makna laptop/pc korang tu khusna(dua alam). Korang juga boleh tukar I love you kepada perkataan yang korang suka. Selamat berhibur. z_bow

p/s laptop ku betina.hahaha.. Jom share jantina laptop/pc korang. Jangan lupa komen kat bawah k.

Rabu, 29 September 2010

Khalifah - Lagu Untuk Adinda

Perkongsian lagu Khalifah - Lagu Untuk Adinda. Aku suka lagu ni. sori la, kualiti kurang sikit. Pergh,.. mantap



Vokal : Khalifah
Tajuk : Lagu Untuk Adinda

Di kala ku terbayang
Wajah mu daku terkenang-kenang
Kadangkala pagi siang malam
Jadi gila bayang

Pada mu duhai sayang
Kasih ku hanya pada mu seorang
Hanyalah dikau jadi pujaan
Cinta tanda sayang

Korus

Pada mu duhai sayang
Yang jauh dirantau orang
Ingatlah pesanan dari kekanda
Jangan-jangan bermain mata
Jangan-jangan cuba mendua
Kasih ku cinta ku selamanya

Ku renung bulan bintang
Ku sampaikan kasih salam sayang
Ku serah segala tanda cinta
Buat mu adinda

Pada si rama-rama
Terbanglah dikau padanya si dia
Pesankanlah rindu ku padanya
Rindu ku padanya

Ulang korus
Ulang dari mula

DOWNLOAD mp3 disini

p/s Best lagu ni..korang suka lagu ini. jangan lupa komen kat bawah ye.

Sabtu, 25 September 2010

Semakin Kejam ke kita?

z_sherlock Orang kata,bila bercakap tentang kes pembunuhan yang mengempakkan negara sebegini, mulut kena berlapik. Takut ada yang tersalah taksir Dan mencetuskan keadaan yang kurang senang. Jadi, apa yang korang baca dalam tulisan aku kali ini hanya sekadar pendapat.

Korang mesti masih ingat, kes adik Siti Humaira Sahari,4tahun yang di tendang, disepak dan di pijak dengan but bola dipadang bola sehingga mati awal tahun ini. Kes ini sudah pun dianggap selesai apabila pembunuhnya akan dihukum gantung sampai mati kelak … First time, aku baca berita tersebut,. hati aku amat sedih sekali. Arwah yang masih kecil, yang masih belum puas mengenal dunia diperlakukan macam binatang oleh pembunuhnya. Begitu rendah sekali nyawa manusia.z_cry2

Akhir tahun lepas hingga suku terakhir tahun ini, semakin banyak kes buang bayi berlaku. dan terbaru di mana seorang remaja perempuan yang berusia 17tahun menipu polis dan keluarganya menyatakan menemui bayi dibelakang rumah yang ternyata memang bayi yang dilahirnya sendiri. Nasib baik bayi itu masih hidup. Itu yang masih hidup, bagaimana pula kes bayi yang dibuang mati dikerumni semut atau yang paling teruk di makan anjing. Sedih aku lihat bayi yang belum lagi nak mengenali dunia diperlakukan sebegitu. Semua ini salah siapa? Dan setuju sangat kes bila kes sebegini sepatutnya di ketegorikan sebagai kes bunuh. Mati dibalas mati. Agaknya baru orang gerum kot. z_nah

Terbaru, kes pembunuhan berprofil tinggi, kes Datuk Sosilawati Lawiya  dan 3 orang yang lain yang dibunuh dengan kejam. Mayat mereka dibakar dan abunya di buang di dalam sungai. Nampak sangat, pembunuhan ini dilakukan mereka yang  pro. Tiada bukti tiada dakwa. Semuanya hanya bermotif DUIT. Dari kes ini la, muncul satu persatu kes lain yang berkaitan dan pelbagai kemuskhilan di timbulkan. Dikhianati orang kepercayaan, duit syarikat di songlap dan macam-macam lagi,. dan yang buat aku geleng kepala apabila rakan rapatnya sendiri ditemui mati tergantung (bagi polis mati mengejut, bagi aku bunuh diri) tapi dikatakan tiada kaitan dengan kes sosilawati. itu belum termasuk kes beberapa orang hilang (kemungkinan besar telah dibunuh) yang dikaitkan dengan suspek utama. Aku harap 5 suspek yang ditahan ini akan di hukum mati mandatori. z_thinking

Kebanyakan kes sebegini bermula dari perkara yang tak logik, yang remeh yang akhirnya menghancurkan diri sendiri. Agaknya bila dunia nak aman. Memang betul lah kita memang semakin kejam.z_disagree2

p/s Sebenarnya kita sentiasa takut. Minta komen anda jika anda seorang yang prihatin.

Sabtu, 4 September 2010

Selamat Hari Kebangsaan dan Selamat Hari Raya

Lama sungguh tak berkunjung ceroteh di blog ini,. bukan malas cuma kebelakangan ini agak sibuk sangat. Maklum la empunya blog bukannya seorang yang rich, seorang yang senang. Banyak yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan. tapi sejak sebulan tak jenguk rasa rindu lak kat korang,.. chewah,.hahaha

Ok, kita ringkaskan kejap,.hari kebangsaan pun dah lepas,. jadi amik sikit kesempatan la nak ucapkan  "selamat hari kebangsaan negara malaysia yang ke-53" . Kibarkan la jalur gemilang anda ye, semua. Dan satu lagi sapa yang belum amik award kat kat post yang sebelumnya, amik la yer.

Dan terakhir, kita akan berhari raya aidilfitri hari jumaat depan.insyaAllah. Maka dikesempatan ini juga, aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya maaf zahir dan batin". jika ada sepanjang korang baca post2 terdahulu aku, korang ada yang terasa atau sebagaimanapun, aku harap dimaafkan la yer. Aku ini cuma manusia, yang sama seperti korang. Tak terlepas dari membuat silap.

Ok la,. sampai berjumpa lagi, Assalamualaikum wrt.

P/s kejar la 10 malam terakhir ramadhan, didalamnya terdapat 1 malam lailatuqada yang bersamaan dengan 1000 bulan.

Ahad, 1 Ogos 2010

Award untuk semua anak Malaysia

Yeah!!! sudah masuk bulan kemerdekaan negara kita. tahun ni negara sudah 53 tahun negara kita merdeka.

Tapi sudah kah kita merdeka dari fikiran, nafsu dan kehidupan kita kotor. Ada jawapannya dalam diri korang sendiri. Merdeka kan lah diri korang dari perkara yang busuk dan kotor itu. Hayati la maksud kemerdekaan yang sebenar.


Special AWARD aku hadiahkan kepada semua follower aku, kepada semua reader termasuk reader silent aku dan kepada semua rakyat malaysia. Ambil lah award ni dan tampal kat blog anda jika anda rakyat malaysia dan jawab 3 soalan cepumas ni.

1) Bila negara kita dirasmikan merdeka? sebutkan tarikh dan tempat pengumuman.
2) Tahun ni (2010) adalah kemerdekaan negara kita yang keberapa?
3) Sambung kan ayat dibawah ni
"Saya,(nama anda) bangga menjadi anak malaysia kerana ....(tidak kurang dari 10 patah perkataan)"

itu sahaja..

link untuk amik award ini ialah :-
Banner 125x141 -
Banner 473x453 -
Image sahaja (473x453) -

Copy dan paste sahaja kalau geram sangat.

* link “<a href = linkurl”  boleh diubahkan kepada link url post anda.

p/s amik jangan tak ambil, amik jangan tak ambil..


Tip dan beberapa sumber,..(mungkin anda leh wat jawapan soalan cepumas tu)
Imbasan tema dan slogan kemerdekaan negara
Semua tentang bendera Malaysia
Sedikit ingatan kemerdekaan dan gambar pencipta asal jalur gemilang
Senarai Yang di-Pertuan Agong
Arkib Negara

Selasa, 27 Julai 2010

Malique - Layu

Sebagai ingatan untuk orang melayu. Tiada kaitan dengan sebarang perjuangan politik. Sebenarnya ia lebih sesuai di gelar puisi dalam berlagu.erm,..



Title : Layu
Vokal : Malique (intro by Tun Mahathir Mohamad)

(Tun Mahathir Mohamad)
Sesungguhnya, tidak ada yang lebih menyayangi
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
Dari melihatkan bangsa ku hilang

(malique)
Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu (3x)

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu (3x)

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai (3x)

(Tun Mahathir Mohamad)
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya


DOWNLOAD free mp3 disini.

p/s aku nak tanya. apa yang korang dapat dari bibit-bibit puisi dalam lagu ni,. sila jadi lah si "mulut murai" dalam memberi pandangan. Jangan segan, Jangan malu, Jangan berada di dalam kotak. Jangan mengikut dan menyiakan sahaja seperti kerbau di tarik hidung. Fikirkan dulu sebelum bersuara.. jadi la si "mulut murai yang beradab" . sila kan,..^.^

Sabtu, 24 Julai 2010

Teguran ikhlas dari aku untuk semua.

z_thinking 6 teguran ikhlas aku untuk semua writer dan blogger dan juga reader,

rtyui1

1) z_angry Waste my time - Semalam, tgh dok blogwalking, sakit hati lak aku kat blog macam ini,.  Nuffnang nya “SALAH LETAK”. Ia lebih juga dikenali iklan statik, saja nak tunjuk advance. Tapi kalau nak hias pun beragak la, jangan la sampai “MENGANGGU” . Apa salahnya minta bantuan dari yang pakar,tolong adjust code script supaya iklan nuff tu berapa kat kanan atau kat kiri blog yang mempunyai “ruang kosong yang luas” atau “auto hidden” Tak pun senang letak ja la kat sidebar.

Banyak lagi blog yang aku jumpa seperti ini. Biasa kalau aku jumpa, aku akan close terus, buka blog orang lin. Waste my time. Kadang org nak comment pun susah.

2) z_disagree2 Ego - Dan aku percaya bila aku/orang lain  tegur atau bagi nasihat, mesti si owner akan kata “ ini blog aku, aku punya suka nak buat apa,.kau sibuk2 buat apa, lagipun kau xlayak nak tegur aku”, dan aku akan jawab “org bagi teguran dan nasihat cara baik, dihalau lak, jangan salahkan orang lain kalau anda di pulaukan” Itu je jawapan aku.

"Ingat!!!kawallah ego anda walaupun sesiapa pun yang tegur anda,. terima la dan fikirkan semula,. betul atau salah dan berterima kasihlah. Susahkah nak ucap 'TERIMA KASIH' dan ‘MAAF’?

3) z_thumbsup2 Perkongsian - Aku percaya ramai blogger dan writer yang buat blog atau website, tujuan utamanya adalah untuk berkongsi sesuatu dengan orang lain. Tak kira la samaada kongsi media, pandangan politik atau peribadi, cerita hal perbadi atau sebaliknya, ilmu agama dan ilmu yang bermanfaat, picture, atau apa jua termasuk yang berniaga, buka kedai sekalipun,. Bagi aku itu adalah perkongsian. Tiada personal matter. Bila anda dah buat blog atau website, nak tak nak itulah yang perlu anda tempuhi tapi anda masih tetap boleh mengawalnya. Fikir baik2 sebelum post sesuatu.

“Ingat!!! bila anda dah berkongsi sesuatu di alamat siber ini,. anda tak boleh tarik balik walaupun anda dah delete bersih atau guna hosting/domain berbayar sekalipun tapi kesannya tetap akan ada yang tertinggal” . .

4) z_wait Sesak2 - Ada orang suka letak widget, banner atau sewaktu dengannya banyak2 kat blog. Lain la kalau ia memang direktori iklan atau list  lagu/video. Jika loading time page sesuatu blog tu cepat, tak pe la. Nie duk menunggu 30minit baru full open page,. Bagi aku, jika lebih 3minit tak full open tersebut,confirm aku close dan aku takkan visit lagi walau sebagus mana entry die.

"Ingat!!! tak semua pengguna internet yang mempunyai connection internet yang laju terutama yang pakai pakej basic, memang akan bertambah slow, tambah hang. So, berpada-pada la. Letak la apa yang penting."

5) z_cry2 Bingit Telinga - Pernah tak bila korang buka blog orang, korang akan dikejutkan bunyi atau muzik kuat yang tertiba muncul dari mana? tentu pernahkan. Aku juga selalu terkena, nasib tak ada sakit jantung,. Apa salahnya widget player korang tu di ‘play-manual’kan atau di ‘auto-slow’kan volume. Pastu tu lagu la, kalau mula2 tu rentaknya slow tak pe la juga,. ini tertibe bunyi guruh,. mana la orang sakit jantung tak mati masa tu juga. Please guna rentak yang lembut, yang enak didengar. Lagi satu widget player tu letak la atas sekali. Senang reader nk pausekan terus. Jangan la letak paling bawah k, tak pun tak payah la pakai. Buat berat je.

“Ingat, tak semua reader/pelawat suka dengar lagu yang di minati owner blog. Makin sakit hati adalah. Fikir lah juga perasan orang lain.”

6) z_devil Pertelagahan - Ni yang last. Kelmarin, aku ada terbaca satu blog dak kecik ni. Mybe dalam lingkungan 14/15 tahun kot. Kesian aku tgk owner blog tu, asyik kena kutuk je dengan musuh2 die. Xkira la samaada kat chat box atau kat komen atau pun kat post masing2. Ada je yang cari musuh. Pastu lei pulak ajak orang lain join.

Cuma nasihat aku, walau apa pun perbalahan korang, tolong settle kan kat luar, settle kan la secara peribadi. Tapi bila korang gaduh dialam siber/di blog/di laman sosial dan memalukan antara satu sama lain, orang lain akan tgk dan baca,. Malu sih, Malu. Bukan dosa je yang dapat, malah org pandang hina tahap cipan tau. Please la, berdamai la dan settlekan la secara baik, itu la yang seeloknya. Ini juga peringatan bagi yang lain yang  suka menjatuhkan atau sengaja menfitnah orang lain di entry masing2. Selagi entry tak elok itu dibaca org, selagi tu la dosa itu sentiasa datang pada yang menulisnya.erm,…

“Ingat!!, hidup di dunia ini adalah saling bermaafan dan berkasih sayang, Hargai dan hormati lah orang lain supaya orang lain juga menghargai dan menghormati anda.”

*Habis dah - z_chuckle Ok, itu je aku nak bagi tahu. apapun aku minta maaf sebab en3 kali ni terlalu- lalu panjang. dan jika ada sesiapa yang terasa atau sakit hati.  Aku harap dimaafkan. Jika aku buat salah, sila tegur aku.  Hidup sesama manusia adalah untuk saling ingat-mengingati.

p/s K la, Sampai jumpa lagi. Maybe entry akan  datang ada lagi teguran sebegini lagi. Kita perbetulkan la apa yang silap. Renung-renungkan dan selamat beramal. Chewah.hehehe,.z_embarassed

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog saya.. ~ Tinggalkan la komen . ~ jadi follower ,promise kaizer follow balik. ~ Please subscibe supaya tak miss update. ~ Remember!!!Jangan lupe klik iklan nuffnang,.hope u'all enjoy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails