Luahan untuk mu,cikgu
Selamat hari guru ku tujukan kat semua guru malaysia terutama kepada guru/uztaz/ustazah di sk kempas,sk parit kudus, smk sri kukup, smka johor bahru, ilp pasir gudang dan kepada semua guru2 malaysia..
Juga ditujukan untuk sesiapa pun yang mendidik anak bangsa tak kira die seorang pekerja kilang, ,seorang tukang kebun, seorang abang, seorang pemandu bas, seorang ayah atau ibu, malah walaupun anda seorang peminta sedekah,seorang gila sekalipun tapi jika anda seorang yang memberi ilmu yang berguna kepada seorang yang lain,.anda adalah seorang cikgu. Terima Kasih, CIKGU.
~~Faiz mazwan(kaizer)
Tarikh: 16 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Universiti Malaysia Pahang
Tema: Guru Pembina Negara Bangsa
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Puisi Yang tak titelan zaman untuk mu cikgu,.
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
p/s Lama tak jumpa mereka semua,..Layari laman rasmi hari guru2010 - KLIK diSini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan