Selasa, 27 Julai 2010

Malique - Layu

Sebagai ingatan untuk orang melayu. Tiada kaitan dengan sebarang perjuangan politik. Sebenarnya ia lebih sesuai di gelar puisi dalam berlagu.erm,..



Title : Layu
Vokal : Malique (intro by Tun Mahathir Mohamad)

(Tun Mahathir Mohamad)
Sesungguhnya, tidak ada yang lebih menyayangi
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
Dari melihatkan bangsa ku hilang

(malique)
Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu (3x)

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu (3x)

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai (3x)

(Tun Mahathir Mohamad)
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya


DOWNLOAD free mp3 disini.

p/s aku nak tanya. apa yang korang dapat dari bibit-bibit puisi dalam lagu ni,. sila jadi lah si "mulut murai" dalam memberi pandangan. Jangan segan, Jangan malu, Jangan berada di dalam kotak. Jangan mengikut dan menyiakan sahaja seperti kerbau di tarik hidung. Fikirkan dulu sebelum bersuara.. jadi la si "mulut murai yang beradab" . sila kan,..^.^

2 ulasan:

ilyana berkata...

ade kebenaran disebalik bait2 lirik puisi nih..really sad bile tgk anak2 melayu yg suke berpeleseran, x ingt asal usul..tunjuk lagak sane sini..if good to see malay people yg berjaya n become somebody..

fKaizer berkata...

@ilyana
itu la melayu,.diorang bukan tiada matlamat hidup tapi tiada yang nak membimbing,.yang boleh dijadikan contoh.

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog saya.. ~ Tinggalkan la komen . ~ jadi follower ,promise kaizer follow balik. ~ Please subscibe supaya tak miss update. ~ Remember!!!Jangan lupe klik iklan nuffnang,.hope u'all enjoy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails