Selasa, 2 Mac 2010

labah-labah

Arini aku nak kongsi cerita pasal serangga yang satu ini, labah-labah si arkitek tapi aku lebih fokuskan pada benang spesies labah-labah yang ini.. Labah-labah Labah-labah merupakan haiwan invertebrat pemangsa yang menghasilkan sutera, dan mempunyai dua tagma, lapan kaki, mulut tidak boleh mengunyah dan tiada sayap. Labah-labah dikelaskan dalam susunan Araneae, satu daripada beberapa susunan dalam kelas araknid yang lebih besar, kumpulan yang turut mengandungi kala jengking, tungau, sengkenit, dan falangid. Pengkajian labah-labah dikenali sebagai araknologi, dan mereka yang mengkaji labah-labah sebagai ahli araknologi.

Labah-labah bernama Dinopis mempunyai kebolehan memburu yang hebat. Selain daripada menenun sebuah jaring dan menanti mangsa, ia juga menenun satu jaring kecil yang luar biasa untuk dilontarkan ke arah mangsanya. Kemudian, ia akan membalut dengan kejap mangsa tersebut dengan jaring ini. Serangga yang telah terperangkap tidak dapat berbuat apa-apa untuk melepaskan dirinya. Jaring tersebut dibina dengan begitu sempurna sehinggakan serangga-serangga akan menjadi lebih terjebak apabila ia makin cemas. Untuk menyimpan makanannya, labah-labah membalut mangsa dengan benang-benang tambahan, seolah-olah seperti ia dibungkuskan. Bagaimana labah-labah ini dapat membina sebuah jaring yang begitu menakjubkan dengan reka bentuk mekanikal dan struktur kimia? Adalah mustahil jika labah-labah ini memperolehi kebolehan seperti ini secara kebetulan, seperti yang didakwa oleh para evolusionis. Labah-labah tidak mempunyai keupayaan untuk belajar atau mengingat, malah ia tidak mempunyai otak untuk menjalankan tugas-tugas ini. Jelaslah, bahawa keupayaan ini telah dianugerahkan kepada labah-labah oleh penciptanya, Allah, Yang Maha Berkuasa. Berbagai keajaiban-keajaiban penting tersembunyi di dalam benang labah-labah ini. Benang ini, dengan diameter kurang daripada seribu per satu milimeter, adalah lima kali lebih kuat daripada wayar besi pada ketebalan yang sama. Benang ini mempunyai satu lagi karakteria lain, ia amat ringan. Panjang benang ini mampu mengelilingi bumi ini dengan hanya berat 320 gram.164 Besi, satu bahan khas yang dibuat di dalam perusahaan industri, adalah bahan terkuat yang dihasilkan oleh manusia. Bagaimana pun, labah-labah dapat menghasilkan di dalam badannya benang yang jauh lebih kukuh daripada besi. Manusia menghasilkan besi berdasarkan pengetahuan dan teknologi orang yang terdahulu; kalau begitu, pengetahuan dan teknologi manakah yang labah-labah guna untuk membuat benangnya? sekarang ini pelbagai kajian khusus mengenai benang labah-labah ini telah dijalankan dalam proses perbuatan baju kalis peluru(huh,perlu banyak tu). Malah, untuk proses itu, mereka ini di teknak(macam pelik bunyinya) untuk dapatkan benangnya. Seperti yang dapat kita lihat, semua kualiti teknologi dan teknik yang ada pada manusia adalah lebih mundur daripada seekor labah-labah.
Ketahui lebih lanjut tentang labah-labah ini layari YouTUBE

Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog saya.. ~ Tinggalkan la komen . ~ jadi follower ,promise kaizer follow balik. ~ Please subscibe supaya tak miss update. ~ Remember!!!Jangan lupe klik iklan nuffnang,.hope u'all enjoy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails