Memaparkan catatan dengan label senyum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label senyum. Papar semua catatan

Ahad, 9 Januari 2011

Selamat kembali ke Sekolah

z_chuckle Seronok tgk adik-adik aku dah kembali ke sekolah balik. Bukan apa, kat rumah diorang berdua tu asyik bergaduh aje, pastu nangis melalak siap baling2 barang lagi. Rebut itu ini la. z_envy Sakit telinga aku. Tapi yang pelik , tak sampai 2/3 jam berbaik la semula. biasa la adik beradik. Gaduh seteruk mana pun tetap berbaik semula kan. Macam kita dulu juga.

Ni diorang dah bersekolah balik sunyi lak umah ni. Seorang dah masuk darjah 4(pagi) n sorang lagi dah masuk darjah 2(ptg). Huh, leceh betul nak menghantar. Mentang la aku keje malam..z_nah

Apapun, untuk adik-adik sekian. Rajin-rajin la belajar, jangan bergaduh lak. Untuk yang kecik sekali, jangan la ngompol lagi kat sekolah. Malu tau abang ko ni berdepan ngan cikgu ko.z_wink

Apapun,. untuk negeri2 yang dilanda banjir lani,. bersabar lah dan sentiasa la berwaspada. Jangan la di biarkan budak(anak2) tu bermain ngan air bah tu. Utamakan keselamatan.

Untuk pembuang bayi. azab korang akan sampai juga.. sedih aku dengar bila bulan ni saja, ada 13kes (hanya dinegara kita shj) berlakunya pembuangan bayi. Nampaknya kempen2 dan akta yang dibuat sebelum ini kurang berjaya.. Aku geleng kepala.z_cry2

p/s rindu kat kekawan SK Kempas (94-97) n SK Parit Kudus(98/99)

Jumaat, 5 November 2010

Kawad Berirama

z_explode Video kat bawah ini adalah kawad kaki berirama Kadet Remaja Sekolah (KRS) sebuah SMK. Aku saja share tuk korang sebab bagi aku, persembahan diorang memang menghiburkan dan lucu. Bukan sesuatu yang mudah untuk buat persembahan terutama dalam keadaan berkawad kaki, ia perlukan disiplin yang tinggi. Tabik spring tuk mereka-mereka ini.. z_sunglasses

p/s Enjoy tak??  Dan untuk lebih lagi video-video seperti ini, cari sendiri kat YouTube k. Ada banyak sebenarnya.

Ahad, 10 Oktober 2010

P. Ramlee cipta Facebook

z_thinking Sudah lama aku tak tgk cerita P. Ramlee. Korang mesti setuju bila aku kata filem arahan dan lakonan Arwahyarham P.Ramlee memang menghiburkan. Dek kata orang lama, tak luput ditelan zaman. Aku pun cari2 la vcd2 lama lakonannya. Tak silap ayah aku pernah simpan koleksi vcd P.Ramlee tapi sedih la banyak yang dah rosak.
Tapi yang aku tak boleh tahan, bila aku tgk “masam-masam manis” sampaikan aku rewind banyak kali tuk pastikan. Aku tak sangka status kita yang kita guna kat facebook sebenarnya P. Ramlee dah buat dulu. Tapi cara dia buat lain, dia guna pintu gerobok (cakap Johor maksud = almari ) sebagai ganti wall untuk tunjukkan status die. Tak percaya tengok gambar kat bawah ini.z_clap
fb01 Masih bujang = Single
fb02
Dah Ada Kawan = In a Relationship
fb03 Burong dah terbang = It's Complicated
z_wink Sekarang korang percaya?,. tak silap aku filem seterusnya adalah nujum pak belalang. Rupanya die betul-betul jadi nujum.
p/s maksud lain bagi Burong dah terbang adalah twitter.. haha. Korang juga minat P.Ramlee? apa kata korang komen kat bawah, Luahkan sahaja.

Isnin, 14 Jun 2010

Ukulele - i’m yours

Saja nak kongsi video dari youtube,.n aku terhibur ngan gelagat budak ini..walaupun dia nyanyi,sepatah apa aku tak paham.
Tapi jangan memain, lebih 20.9juta views tu. Hebat!!Anak sapa la ni,.hahaha,..layan,..moga korang terhibur juga. Ada banyak lagi vid lin,search sendiri la.
P/s teringat adik bongsu aku dulu,time tu umur die 4tahun, nyanyi lagu kumpulan spider sambil lompat2,. akhirnya berbenjol kepala terhantuk tv.

Ahad, 30 Mei 2010

Sambungan 3 kisah lawak

Ini sambungan untuk "3 kisah lawak" sebelum ini k,.

Kisah 4: ANAK BERUANG KUTUB

Suatu hari di Antartika, seekor beruang kutub sedang duduk di salju dengan anaknya. Tiba-tiba anak beruang bertanya, "Ayah, apakah saya 100% beruang kutub?"
Ayah beruang itu menjawab, "Tentu saja, Nak. Kamu 100% beruang kutub!"
Beberapa menit kemudian, anak beruang itu kembali bertanya, "Ayah, katakan yang sebenarnya. Saya pasti bisa menerima kenyataan. Betulkah saya 100%beruang kutub? Bukan beruang madu, bukan beruang coklat dan bukan beruang panda?"
Si Ayah beruang itu menjawab, "Nak, ayah 100% beruang kutub, dan ibumu 100% beruang kutub, jadi kamu juga jelas-jelas 100% beruang kutub."
Setelah beberapa menit berlalu, si anak bertanya lagi,
"Ayah, jangan berpikir kalau Ayah berkata jujur akan membuat saya sedih. Saya tidak sedih. Saya cuma ingin tahu, apa saya benar-benar 100% beruang kutub?"
Ayah beruang mulai tertekan dengan pertanyaan-pertanya an anaknya. Kini dia balik bertanya kepada si anak, "Nak, kenapa kamu terus meragukan kalau kamu memang 100% beruang kutub?"
Si anak beruang menjawab, "Karena saya kedinginan!"

Kisah 5: POSMEN

Seorang posmen yang datang menghantar surat .
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Kisah 6: KISAH BULAN PUASA

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,"kata Abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan. Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur..Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah.Bukan di bumbung masjid. Ajaib.. Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dantunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.
"Kenapa?" tanya Abah.
"Lailatuqadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?" Tidak pasal-pasal aku kena marah.. Rosak pengalaman suci aku ini.
"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Bodoh," sambung Abah memaki lagi.
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah.Jangan melawan.Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

p/s apa je la, ada sambungan 3 kisah lawak lagi,.nanti2 dulu la.huhu

Khamis, 20 Mei 2010

3 kisah senyum^.^

Kali ini kita dengar tiga kisah lawak pulak la,.aku tak ingat ku amik dari mana,sebab udah lama sangat terperap dalam laptop ku ini. Tapi godek balik itu tulat lepas,.rasa nak share balik la kat korang semua.ini cuma sebahagian kecil sahaja,lagi pun asyik pos lagu je kan,.Maaf ei kalau bunyinya agak l***h sikit,hope korang terhibur..huhuhu
sekadar hiasan,
(pesanan kaizer: jangan merokok,jangan minum arak, jangan hisap dadah)

Kisah 1: Keluhan Suami - Keluhan Isteri

Keluhan seorang SUAMI:
Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.

Tak sudah-sudah dengan kerja.

Keluhan seorang ISTERI:
Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain..
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN...
Bangun pagi, hilang kain.

Tak sudah-sudah dengan kain

Kisah 2: Suami Masuk Keluar Disko

Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya,
"Aku terpaksa minta cerai dari suamiku."
"Kenapa..?" tanya temannya kehairanan..
"Habis, hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko," jawab si ibu muda.
"OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?" tanya temannya lagi.
"Bukan begitu...,sebenarnya dia ke sana mencari aku !" jawab si ibu muda.


Kisah 3: Keturunan orang kaya

Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.
Ibu :"Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan".
Anak :"Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?"
Ibu (tersipu malu) : "Kerana kita ini keturunan yang ke 8?
 
p/s nantikan kesinambungan 3 kisah lawak lagi,..korang tergelak x?

Senaman time stress


Arini nak ajar satu senaman yang pasti menyegarkan korang punya, biasa la duk lama2 depan tenet sampai mata rabak,belek itu ini,.tentu la rasa boring keletihan kan. Senaman ini sesuai tuk korang,.cume amik masa tak sampai 3minit pun.

Selamat Mencuba!!
Ni taichi sikit la…wat intro dan warming up..
Wat macam ni…melegakan bahu dan leher..
Wa..wa..wa,.macam power rangers
Gelek ke kanan kemudian ke kiri..
Gelek ke kiri kemudian ke kanan
Ikut je ler…korangkan alien..
Ketuk ngan laptop/monitor korang kuat-kuat kat dahi..untuk hilang mengantuk..
Pas tu wat gerakan tangan dan badan…buat macam korang dapat wet free aje..
Kemudian goyang2 kaki dan badan sikit,ewah…syoiknya die,org pelik mana la ni …
Buat secara tahap melampau lak…kasi meletup2 tulang badan
Fuhh,.g la jauh2 yang my stress
Pusingkan kepala… biar pening sikit
Ajak member join wat gaya ibu ayam,. 
Akhir sekali buat joget cat …



p/s kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah kerusi.. Sekian~~

Selasa, 18 Mei 2010

Laa blog ku cume $989.12 je

Hari ini aku blogwalking la blog2 orang,.last sekali aku tersurvey la satu benda alat ni kat blog sorang ni,.blognya mahal juga la $8,797.42.ni dalam dollar amerika,..jadi aku pun try la wat kat blog ku dan ni valuenya..

Rabu, 12 Mei 2010

pss,.nk crite sesuatu la

Psss,.nak cakap sikit la,.ada problem sikit nak kongsi ni,.boleh tak??apahal pun please baca No 1 kat bawah ni dulu ei,.

Rabu, 3 Mac 2010

lawak muntah n anak bapa

Ahhh..sekarang kita layan pula lawak ini..

Muntah-muntah
Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandingan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang di dalamnya dimasukkan 10 ekor kambing. Peserta pertama dari Amerika.. Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah. Peserta kedua dari Jepun.. Baru 10 minit dia sudah pengsan. Peserta ketiga dari Afrika, Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah. Terakhir peserta dari Bangladesh… Baru 1 minit… 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.

ANAK DAN BAPA
Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah. Jamil: Ayah, tadi saya dimarahi oleh cikgu! Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil? Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu. Ayah: Apa yang cikgu tanya? Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington. Ayah: Itu pun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!

p/s nanti aku show kan banyak2 k...

Selasa, 2 Mac 2010

Nak Balik??

Di suatu hari di sebuah ofis.....
Seorang bos entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari ni..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari ni dia kasi tapi alasannya mestilah munasabah lagi kukuh. Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang aje! Tau-tau macam tu ada 4 orang pekerja bawahan datang minta balik awal..

Pekerja 1 : A'kum Bos, boleh saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah bos, leh tak?
Bos : Tak boleh!!!Kat sini kan ada surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya..!

 Pekerja 2 : Saya boleh balik awal kot Boss?
Bos : Hang apa pasai?
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng?
Bos : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: A'kum Bos!
Bos: Hai? pasal pulak ni? Nak balik awal gak ke?
Pekerja 3 : Errrrr!! Yer bos, bos baik!! He..heee!
Bos: Alasan apa lak ngko nie?

Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati.. Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...! Boleh kot boss yer pulang awal?
Bos : Tak bolehhh!!! Itu fardu kifayah je! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyang kan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja..

Pekerja 4: A'kum Bos! Saya nak balik awal boleh tak arini?
 Bos : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kata dia dah boleh sembahyang!
Bos: Yer ker? Ha! Kalau gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee cenyum cemua..kiu..kiu

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog saya.. ~ Tinggalkan la komen . ~ jadi follower ,promise kaizer follow balik. ~ Please subscibe supaya tak miss update. ~ Remember!!!Jangan lupe klik iklan nuffnang,.hope u'all enjoy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails