Memaparkan catatan dengan label boy n girl. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label boy n girl. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Julai 2010

Teguran ikhlas dari aku untuk semua.

z_thinking 6 teguran ikhlas aku untuk semua writer dan blogger dan juga reader,

rtyui1

1) z_angry Waste my time - Semalam, tgh dok blogwalking, sakit hati lak aku kat blog macam ini,.  Nuffnang nya “SALAH LETAK”. Ia lebih juga dikenali iklan statik, saja nak tunjuk advance. Tapi kalau nak hias pun beragak la, jangan la sampai “MENGANGGU” . Apa salahnya minta bantuan dari yang pakar,tolong adjust code script supaya iklan nuff tu berapa kat kanan atau kat kiri blog yang mempunyai “ruang kosong yang luas” atau “auto hidden” Tak pun senang letak ja la kat sidebar.

Banyak lagi blog yang aku jumpa seperti ini. Biasa kalau aku jumpa, aku akan close terus, buka blog orang lin. Waste my time. Kadang org nak comment pun susah.

2) z_disagree2 Ego - Dan aku percaya bila aku/orang lain  tegur atau bagi nasihat, mesti si owner akan kata “ ini blog aku, aku punya suka nak buat apa,.kau sibuk2 buat apa, lagipun kau xlayak nak tegur aku”, dan aku akan jawab “org bagi teguran dan nasihat cara baik, dihalau lak, jangan salahkan orang lain kalau anda di pulaukan” Itu je jawapan aku.

"Ingat!!!kawallah ego anda walaupun sesiapa pun yang tegur anda,. terima la dan fikirkan semula,. betul atau salah dan berterima kasihlah. Susahkah nak ucap 'TERIMA KASIH' dan ‘MAAF’?

3) z_thumbsup2 Perkongsian - Aku percaya ramai blogger dan writer yang buat blog atau website, tujuan utamanya adalah untuk berkongsi sesuatu dengan orang lain. Tak kira la samaada kongsi media, pandangan politik atau peribadi, cerita hal perbadi atau sebaliknya, ilmu agama dan ilmu yang bermanfaat, picture, atau apa jua termasuk yang berniaga, buka kedai sekalipun,. Bagi aku itu adalah perkongsian. Tiada personal matter. Bila anda dah buat blog atau website, nak tak nak itulah yang perlu anda tempuhi tapi anda masih tetap boleh mengawalnya. Fikir baik2 sebelum post sesuatu.

“Ingat!!! bila anda dah berkongsi sesuatu di alamat siber ini,. anda tak boleh tarik balik walaupun anda dah delete bersih atau guna hosting/domain berbayar sekalipun tapi kesannya tetap akan ada yang tertinggal” . .

4) z_wait Sesak2 - Ada orang suka letak widget, banner atau sewaktu dengannya banyak2 kat blog. Lain la kalau ia memang direktori iklan atau list  lagu/video. Jika loading time page sesuatu blog tu cepat, tak pe la. Nie duk menunggu 30minit baru full open page,. Bagi aku, jika lebih 3minit tak full open tersebut,confirm aku close dan aku takkan visit lagi walau sebagus mana entry die.

"Ingat!!! tak semua pengguna internet yang mempunyai connection internet yang laju terutama yang pakai pakej basic, memang akan bertambah slow, tambah hang. So, berpada-pada la. Letak la apa yang penting."

5) z_cry2 Bingit Telinga - Pernah tak bila korang buka blog orang, korang akan dikejutkan bunyi atau muzik kuat yang tertiba muncul dari mana? tentu pernahkan. Aku juga selalu terkena, nasib tak ada sakit jantung,. Apa salahnya widget player korang tu di ‘play-manual’kan atau di ‘auto-slow’kan volume. Pastu tu lagu la, kalau mula2 tu rentaknya slow tak pe la juga,. ini tertibe bunyi guruh,. mana la orang sakit jantung tak mati masa tu juga. Please guna rentak yang lembut, yang enak didengar. Lagi satu widget player tu letak la atas sekali. Senang reader nk pausekan terus. Jangan la letak paling bawah k, tak pun tak payah la pakai. Buat berat je.

“Ingat, tak semua reader/pelawat suka dengar lagu yang di minati owner blog. Makin sakit hati adalah. Fikir lah juga perasan orang lain.”

6) z_devil Pertelagahan - Ni yang last. Kelmarin, aku ada terbaca satu blog dak kecik ni. Mybe dalam lingkungan 14/15 tahun kot. Kesian aku tgk owner blog tu, asyik kena kutuk je dengan musuh2 die. Xkira la samaada kat chat box atau kat komen atau pun kat post masing2. Ada je yang cari musuh. Pastu lei pulak ajak orang lain join.

Cuma nasihat aku, walau apa pun perbalahan korang, tolong settle kan kat luar, settle kan la secara peribadi. Tapi bila korang gaduh dialam siber/di blog/di laman sosial dan memalukan antara satu sama lain, orang lain akan tgk dan baca,. Malu sih, Malu. Bukan dosa je yang dapat, malah org pandang hina tahap cipan tau. Please la, berdamai la dan settlekan la secara baik, itu la yang seeloknya. Ini juga peringatan bagi yang lain yang  suka menjatuhkan atau sengaja menfitnah orang lain di entry masing2. Selagi entry tak elok itu dibaca org, selagi tu la dosa itu sentiasa datang pada yang menulisnya.erm,…

“Ingat!!, hidup di dunia ini adalah saling bermaafan dan berkasih sayang, Hargai dan hormati lah orang lain supaya orang lain juga menghargai dan menghormati anda.”

*Habis dah - z_chuckle Ok, itu je aku nak bagi tahu. apapun aku minta maaf sebab en3 kali ni terlalu- lalu panjang. dan jika ada sesiapa yang terasa atau sakit hati.  Aku harap dimaafkan. Jika aku buat salah, sila tegur aku.  Hidup sesama manusia adalah untuk saling ingat-mengingati.

p/s K la, Sampai jumpa lagi. Maybe entry akan  datang ada lagi teguran sebegini lagi. Kita perbetulkan la apa yang silap. Renung-renungkan dan selamat beramal. Chewah.hehehe,.z_embarassed

Khamis, 3 Jun 2010

Cinta itu buta?

Ingatan,.entry kali ini agak panjang,.minta maaf,.pinjam masa anda sebentar k.huhuhu

Tajuk diatas mesti tak asing lagi bagi korang kan,. Cinta Buta. Macam cinta itu ada mata pula bunyinya. jadi dari mana asalnya ayat cinta itu buta,. Adakah macam cerita kassim selamat yang sanggup menangis hingga buta tangisi kehilangan isterinya atau adakah macam cerita Romie And Juliet yang sanggup bunuh diri semata demi cinta ataupun juga seperti cerita Beauty and Beast, cinta tak kenal paras rupa,..

Ada yang bersetuju cinta itu memang buta, tapi juga ada yang kata tidak,.jadi persoalannya yang mana betul? Aku bukan seorang arif pasal cintan cintun ini.dan jika dibahaskan persoalan cinta ini,pastinya takkan abis. Andai aku ditanyai soalan ini,.dan pastinya aku akan jawab “no komen”..

Ahad, 21 Mac 2010

Hari ini,.aku nak jiwang sikit la,.nak mendeklamasikan satu puisi cinta wat xx-gf aku dulu,..wat sue,elly,endang,ila,tasha,wani,.terlast sekali nurul,.dengar la puisi karut kemaruk ini,.mcmla(-.-)



Masih tersimpan keraguan itu,
Jauh dilubuk hatiku,……..
Semua rasa yang masih tersimpan itu
Telah menawanku didalam cintamu yang tinggi
Aku berusaha untuk lepas dari dakapanmu
Tapi usahaku sia-sia belaka, benteng cintamu terlalu kuat
Aku masih terantai dibawah beratnya cintamu
Aku masih bertahan dalam dekapan hatimu
Aku masih mengingatmu dalam alam sadarku
Aku masih memanggil namamu dalam kesendirian
Walau kini kau tak lagi disisiku
Walau kau masih berharap cintaku
Walau kau masih menunggu hatiku yang rapuh……
Jauh dilubuk hatiku,……
Aku menangis cinta yang kumiliki


p/s aku adalah aku,..benci betoila jadi jiwang ni

Sabtu, 6 Mac 2010

Hati seorang lelaki


Pernah satu ketika dahulu aku begitu mengharapkan sebuah percintaan yang sejujurnya dari seorang insan bergelar hawa. Mungkin kerana diri yang begitu yakin akan menemui impian ku itu, aku tidak pernah terfikir untuk gagal dalam cinta. Mana bisa kecundang…aku seorang yang amat baik hati, suka membantu, suka memberi hadiah, penyayang, begitu mengambil berat kepada dia yang aku sayangi… merindu adalah satu sifat ku…dan akan ku kejar cinta itu selama-lamanya. Bagi hati lelaki ku ini, pendirian ku adalah pendirian hawa jua. Jika aku jujur, ikhlas menyayanginya, sudah pasti dia begitu. Sememangnya sehingga kini aku masih berpendapat begitu. Mengapa harus curang sekiranya lelaki ini begitu baik, begitu sayangkannya… Tetapi seperti ramai yang mengenali diri ini, sesungguhnya aku selalu gagal, malah gagal dan gagal lagi. Namun, dalam masa yang sama aku juga pernah mengecapi rasa dicintai, disayangi, dirindui sebagaimana aku jua mencurahkan segala-gala rasa ku kepada hawa. Lalu, aku tidak pernah mahu putus asa untuk terus memburu cinta yang kuidamkan. Apa aku bisa menggapainya?...aku sendiri tidak pernah tahu. Apakah dengan lagak ku yang perkasa, aku tidak bisa terkecewa? Apakah langkah tegap ku maka aku bisa menerowong gunung? Apakah dengan ayat-ayat cinta, tutur yang berbisa, suara yang lunak maka aku bagai Malaikat yang terbang dengan beribu-ribu sayap di badannya? Kekecewaan dalam percintaan ku sudah bagai madu dan racun, manis dan kelat. Ya! Aku juga sama seperti hawa. Mungkin aku kelihatan begitu tabah, aku mungkin tampak segak bergaya dan bagai berani merempuh gelung api yang sentiasa cuba menyambar ku, menyelubungi rentak tari ku…tetapi jauh di sudut hati lelaki ku ini…aku juga lemah, aku juga pernah tersandung ke tanah, menangis seperti anak kecil yang hilang ibu dan ayah… Aku bisa berkata, jangan itu dan ini, aku juga menjadi penunjuk cara itu dan ini…namun, ianya cukup mudah untuk dilafazkan, teramat perit untuk dilaksanakan…tapi, bukankah sudah tiada jalan lain melainkan menempuh kesukaran itu untuk berjaya mengecapi cinta yang didamba? Sebagai seorang lelaki…aku akur dengan hawa yang selalu mengatakan, “Susah, susah, susah!”…aku akur kerana aku juga memahami apa yang mereka rasa, kerana hati lelaki ku jua merasa seperti apa yang mereka rasa…Walau aku begitu ingin melihat ramai diantara mereka yang mencari kepastian dari ku, agar berjaya di akhirnya. Tapi apakan daya ku, jika mereka sendiri mahu mengalah sebelum bertarung. Aku hanya dapat berdoa, “Ya Allah ya Tuhan ku…limpahkanlah kurnia mu agar semua hawa di dunia ini akan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat…Amin!”

p/s aku lebih suka single,.banyak yang aku kena buru,...erm

Rabu, 3 Mac 2010

8 petanda jodoh kamu.

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
 Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagiaan kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

KALAU DAH DITAKDIRKAN ITU ADALAH ORANGNYA..ITULAH JODOHMU..

p/s aku yang masih sendiri...ermmmm

Rabu, 24 Februari 2010

Kualiti Lelaki Yang Menawan Perempuan

Sejauh mana kebenaran maksud di atas??
Kita sebagai lelaki jarang ambil berat perkara ini termasuk la anda kaum adam dan juga saya..kita tak payah nak nafikanlah. Tapi lelaki andai anda rasa anda dah termasuk dalam kualiti dibawah ini yang dicari seorang wanita/gadis. Mungkin anda yang terbaik dimata mereka atau pun sebaliknya.

Renung-renungkan...
Percaya Diri
Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton, maka teruskan bermain badminton dan juga cuba bermain bola sepak. Secara tidak langsung bakat dan kemahiran yang dimiliki akan menjadi lebih baik. Berdiri tegak ketika bercakap. Anda juga boleh melakukan senaman di bahagian belakang. Tetapi cara terbaik untuk membuatkan anda yakin pada diri sendiri ialah memandang wanita tepat pada matanya. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang. Si dia juga akan memberi tindak balas yang lebih baik.

Lelaki Lucu
 Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Anda dinasihatkan agar tidak bersama teman wanita ketika si dia bersedih. Kemungkinan ini akan membuatkan dirinya lebih berduka. Paling tidak, cuba mengingati filem atau kisah lucu yang anda pernah tonton lalu menceritakan kepadanya agar si dia kembali tersenyum. Pujukan dengan cara ini lebih menikamkalbu daripada memaksakan diri mewujudkan suasana ceria. Anda boleh mencari idea agar si dia dapat melupakan krisis yang dihadapinya. Di samping itu anda juga boleh membantunya menyelesaikan kekusutan yang melanda jiwanya.

Romantik
Wanita sebenarnya menginginkan lelaki yang romantik. Dan harus diingat romantik bukan bermakna gatal atau miang. Lelaki yang romantik ialah pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata. Sikap yang mengambil berat tentang diri mereka dan penyayang menjadi salah satu aspek yang sering diberi perhatian oleh wanita. Biarpun mereka kelihatan rugged atau agresif tetapi dalam hal pemilihan teman lelaki kebanyakannya mahukan yang romantik.

 Lelaki Bijak
Wanita sering bermimpikan lelaki yang bijak pandai. Untuk kecergasan, selalulah bersenam kerana ini akan menambahkan jumlah oksigen ke dalam otak. Fikiran menjadi lapang dan otak mudah menerima ilmu atau perkara baru. Wanita gemarkan lelaki yang bijak dan rajin membaca. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi anda boleh mencubanya. Pakai cermin mata tanpa kuasa kerana ini akan memperlihatkan anda seorang yang intelek. Selain kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang kelihatan intelek.

Suka Kanak-Kanak
Wanita menganggap seorang lelaki bijak adalah berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang termasuk menjaga kanak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Ini membuktikan anda layak menjadi bapa yang penyayang. Bijak Berdandan Lelaki juga hendaklah bijak merawat atau memanjakan tubuh. Selain pakaian yang sesuai dan kemas, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Selain itu, kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. Ada rasa nak tambah????

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog saya.. ~ Tinggalkan la komen . ~ jadi follower ,promise kaizer follow balik. ~ Please subscibe supaya tak miss update. ~ Remember!!!Jangan lupe klik iklan nuffnang,.hope u'all enjoy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails