Memaparkan catatan dengan label facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label facebook. Papar semua catatan

Ahad, 11 September 2011

Assalamualaikum,kami datang nak raya!!!!!!!!!

Udah lama sekali tak berceroteh diblog gaw ini ya.pengen bangat. (dah.dah faiz..cakap indon lak die.. hehehe.)

Sebelum tu "Selamat hari raya aidilfitri semua". puasa yang lepas cukupkan? Alhamdulillah. Maaf la, dah lama sangat tak update blog. dah kurang aktif la sekarang. Lagi pun internet celcom yang lepas pun dah dibuang entah kemana entah. Terpaksa jimatkan perbelanjaan harian. Dah tu laptop lak rosak teruk,tak ada wet nak repair. Orang tak kaya katakan. hahaha. (Merendah diri lak aku ni.)

Tadi buka blogger in draft, dah bertukar lak papan editor nya ye. (Papan editor?lantak la.hehehe..) dulu kaya dengan warna biru, sekarang putih betul. Pening kepala tengok. Blogger n Google. Tukar lak balik yang lama. Kalau tak pun wat la kaler2 sikit. plez2x. Kali ni aku update blog guna blogger in draft je, biasa guna windows live tapi ni laptop orang, jadi tak lei install sebarangan, nanti mengamuk sakan orang tu. garang macam singa ooooo.. (diam2 tau aku kutuk die).

O ya, sesapa nak jadi friend aku kat facebook search aje ' faizmazwan '. confirm jumpa. Aku sorang je pakai nama ni. biasa aku rajin update fb dari blog. Buat masa ini blog ini terpaksa la lopong-lopong. Tunggu sampai aku beli laptop baru, Cadang nak ambil dell atau hp. janji die guna intel i-7 n graphic nvidia geforce. Ram 8gb,HDD 640gb. Sekarang tengah collect wet, ada rm1784.40. Lagi seribua lagi.. hahaha aje la tahun depan. (Angan-angan tinggi sih,geli je dengar..hahaha). K la,. sampai sini saja. adios...

 p/s kekawan aku dah ramai dah kahwin. aku masih sorang2 lagi. Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaa

Ahad, 10 Oktober 2010

P. Ramlee cipta Facebook

z_thinking Sudah lama aku tak tgk cerita P. Ramlee. Korang mesti setuju bila aku kata filem arahan dan lakonan Arwahyarham P.Ramlee memang menghiburkan. Dek kata orang lama, tak luput ditelan zaman. Aku pun cari2 la vcd2 lama lakonannya. Tak silap ayah aku pernah simpan koleksi vcd P.Ramlee tapi sedih la banyak yang dah rosak.
Tapi yang aku tak boleh tahan, bila aku tgk “masam-masam manis” sampaikan aku rewind banyak kali tuk pastikan. Aku tak sangka status kita yang kita guna kat facebook sebenarnya P. Ramlee dah buat dulu. Tapi cara dia buat lain, dia guna pintu gerobok (cakap Johor maksud = almari ) sebagai ganti wall untuk tunjukkan status die. Tak percaya tengok gambar kat bawah ini.z_clap
fb01 Masih bujang = Single
fb02
Dah Ada Kawan = In a Relationship
fb03 Burong dah terbang = It's Complicated
z_wink Sekarang korang percaya?,. tak silap aku filem seterusnya adalah nujum pak belalang. Rupanya die betul-betul jadi nujum.
p/s maksud lain bagi Burong dah terbang adalah twitter.. haha. Korang juga minat P.Ramlee? apa kata korang komen kat bawah, Luahkan sahaja.

Sabtu, 24 Julai 2010

Teguran ikhlas dari aku untuk semua.

z_thinking 6 teguran ikhlas aku untuk semua writer dan blogger dan juga reader,

rtyui1

1) z_angry Waste my time - Semalam, tgh dok blogwalking, sakit hati lak aku kat blog macam ini,.  Nuffnang nya “SALAH LETAK”. Ia lebih juga dikenali iklan statik, saja nak tunjuk advance. Tapi kalau nak hias pun beragak la, jangan la sampai “MENGANGGU” . Apa salahnya minta bantuan dari yang pakar,tolong adjust code script supaya iklan nuff tu berapa kat kanan atau kat kiri blog yang mempunyai “ruang kosong yang luas” atau “auto hidden” Tak pun senang letak ja la kat sidebar.

Banyak lagi blog yang aku jumpa seperti ini. Biasa kalau aku jumpa, aku akan close terus, buka blog orang lin. Waste my time. Kadang org nak comment pun susah.

2) z_disagree2 Ego - Dan aku percaya bila aku/orang lain  tegur atau bagi nasihat, mesti si owner akan kata “ ini blog aku, aku punya suka nak buat apa,.kau sibuk2 buat apa, lagipun kau xlayak nak tegur aku”, dan aku akan jawab “org bagi teguran dan nasihat cara baik, dihalau lak, jangan salahkan orang lain kalau anda di pulaukan” Itu je jawapan aku.

"Ingat!!!kawallah ego anda walaupun sesiapa pun yang tegur anda,. terima la dan fikirkan semula,. betul atau salah dan berterima kasihlah. Susahkah nak ucap 'TERIMA KASIH' dan ‘MAAF’?

3) z_thumbsup2 Perkongsian - Aku percaya ramai blogger dan writer yang buat blog atau website, tujuan utamanya adalah untuk berkongsi sesuatu dengan orang lain. Tak kira la samaada kongsi media, pandangan politik atau peribadi, cerita hal perbadi atau sebaliknya, ilmu agama dan ilmu yang bermanfaat, picture, atau apa jua termasuk yang berniaga, buka kedai sekalipun,. Bagi aku itu adalah perkongsian. Tiada personal matter. Bila anda dah buat blog atau website, nak tak nak itulah yang perlu anda tempuhi tapi anda masih tetap boleh mengawalnya. Fikir baik2 sebelum post sesuatu.

“Ingat!!! bila anda dah berkongsi sesuatu di alamat siber ini,. anda tak boleh tarik balik walaupun anda dah delete bersih atau guna hosting/domain berbayar sekalipun tapi kesannya tetap akan ada yang tertinggal” . .

4) z_wait Sesak2 - Ada orang suka letak widget, banner atau sewaktu dengannya banyak2 kat blog. Lain la kalau ia memang direktori iklan atau list  lagu/video. Jika loading time page sesuatu blog tu cepat, tak pe la. Nie duk menunggu 30minit baru full open page,. Bagi aku, jika lebih 3minit tak full open tersebut,confirm aku close dan aku takkan visit lagi walau sebagus mana entry die.

"Ingat!!! tak semua pengguna internet yang mempunyai connection internet yang laju terutama yang pakai pakej basic, memang akan bertambah slow, tambah hang. So, berpada-pada la. Letak la apa yang penting."

5) z_cry2 Bingit Telinga - Pernah tak bila korang buka blog orang, korang akan dikejutkan bunyi atau muzik kuat yang tertiba muncul dari mana? tentu pernahkan. Aku juga selalu terkena, nasib tak ada sakit jantung,. Apa salahnya widget player korang tu di ‘play-manual’kan atau di ‘auto-slow’kan volume. Pastu tu lagu la, kalau mula2 tu rentaknya slow tak pe la juga,. ini tertibe bunyi guruh,. mana la orang sakit jantung tak mati masa tu juga. Please guna rentak yang lembut, yang enak didengar. Lagi satu widget player tu letak la atas sekali. Senang reader nk pausekan terus. Jangan la letak paling bawah k, tak pun tak payah la pakai. Buat berat je.

“Ingat, tak semua reader/pelawat suka dengar lagu yang di minati owner blog. Makin sakit hati adalah. Fikir lah juga perasan orang lain.”

6) z_devil Pertelagahan - Ni yang last. Kelmarin, aku ada terbaca satu blog dak kecik ni. Mybe dalam lingkungan 14/15 tahun kot. Kesian aku tgk owner blog tu, asyik kena kutuk je dengan musuh2 die. Xkira la samaada kat chat box atau kat komen atau pun kat post masing2. Ada je yang cari musuh. Pastu lei pulak ajak orang lain join.

Cuma nasihat aku, walau apa pun perbalahan korang, tolong settle kan kat luar, settle kan la secara peribadi. Tapi bila korang gaduh dialam siber/di blog/di laman sosial dan memalukan antara satu sama lain, orang lain akan tgk dan baca,. Malu sih, Malu. Bukan dosa je yang dapat, malah org pandang hina tahap cipan tau. Please la, berdamai la dan settlekan la secara baik, itu la yang seeloknya. Ini juga peringatan bagi yang lain yang  suka menjatuhkan atau sengaja menfitnah orang lain di entry masing2. Selagi entry tak elok itu dibaca org, selagi tu la dosa itu sentiasa datang pada yang menulisnya.erm,…

“Ingat!!, hidup di dunia ini adalah saling bermaafan dan berkasih sayang, Hargai dan hormati lah orang lain supaya orang lain juga menghargai dan menghormati anda.”

*Habis dah - z_chuckle Ok, itu je aku nak bagi tahu. apapun aku minta maaf sebab en3 kali ni terlalu- lalu panjang. dan jika ada sesiapa yang terasa atau sakit hati.  Aku harap dimaafkan. Jika aku buat salah, sila tegur aku.  Hidup sesama manusia adalah untuk saling ingat-mengingati.

p/s K la, Sampai jumpa lagi. Maybe entry akan  datang ada lagi teguran sebegini lagi. Kita perbetulkan la apa yang silap. Renung-renungkan dan selamat beramal. Chewah.hehehe,.z_embarassed

Sabtu, 26 Jun 2010

Gambar Menghina Islam

Sebenarnya aku rasa bersalah nak wat post ni. Tapi bila ‘seseorang’ tanda nama aku kat pic ni kat facebook,.memang aku sakit hati betul. Betul2 sakit hati. Aku tak kesah jika gambar itu sesuatu yang baik atau melucukan tapi bagi aku, ini sungguh menghinakan,. Bukan hanya pada aku tapi lebih kepada umat yang didahinya tersembunyi kalimah Alif Lam Lam Ha. Aku betul2 tersentuh dengan gambar ini.34232_1500309745705_1173019139_1451194_8329993_n Walaupun ilmu agama aku hanya sebesar zarah sahaja tapi aku masih ada jiwa islam dalam hati aku. Sampai begini mereka menghina agama kita. Korang renungkan dan fikirkan la sendiri. Dikatakan gambar ni yang terbaru, bagi diorang ‘seni’ tapi bagi aku ini ‘penghinaan’.

Post ini sekadar perkongsian untuk membenci atas tindakan keterlaluan sebegini. Tolong jangan COPY.

p/s aku betul2 rasa sebak,. tolong jangan copy jika niat korang sekadar nak main2kan agama dan bukan untuk beri PERINGATAN.

Jumaat, 4 Jun 2010

MillatFacebook.com

Aku tau ramai dah tau laman millatfacebook ini,.tapi aku tetap nak bagi tahu juga,. Kasi promo sikit la.huhu

MFB VS FB 

Aku dah daftar kelmarin, try la godek2,. sebelum daftar wajib baca terma dan policy dulu,. dan ternyata policy dan terma mfb ini jauh berbeza dari FB dan 2 benda ni wat aku tertarik nak join,.

millatfacebook-terms-of-use 
millatfacebook-privacy-policy-500x78

Kalau korang sangka yang MFB ini tiru 100% FB, ternyata korang salah. Walaupun tema warna sama macam fb, tapi dalamnya jauh sangat berbeza. Tak keterlaluan aku cakap, laman ini bukannya 100%  klon FB, ia adalah idea asli 6 orang pakar it pakistan, malah siap ada copyright lagi tu .

Setakat ini  dah ramai  juga yang join MFB sejak kuar berita 29hb lepas. Cuma apa yang aku sedikit kecewa, connection MFB ini agak slow, jadi loading time pun agk lambat,.maklum la standartnya masih jauh berbanding FB. Banyak yang perlu diperbaiki dan di upgrade.

Nasihat aku, kalau korang nak register,.jangan guna email yahoo,.MFB ada problem dengan email yahoo,seeloknya guna gmail sahaja. Korang try la godek2 dulu k. Nanti,lei la kita main add2 ye,.hahahah

p/s jangan la lupe add aku,.http://www.millatfacebook.com/fkaizer/ .

Rabu, 26 Mei 2010

Buang Bayi; Kenapa masih ada lagi yang berhati kejam dari iblis

Semalam,aku tgk tv 3,.sekali keluar la,.cerita yang aku memang tak berkenan langsung. Mayat bayi ditemui berdekatan landasan kerera api berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa,shah alam.

link Utusan - klik sini
link B.Harian - klik sini

hiasan kes buang bayi
Tak sampai sebulan semenjak kes remaja buang bayi dulu,.kini timbul semula kes sebegini,.memang betul la dunia sudah hampir kiamat. Kenapa manusia sebegini mudah sangat bertindak melebihi akal batas manusia. Yang pelik nya,'buat' senang tapi bila jadi macam ini. Sanggup pilih jalan singkat, bunuh,buang sahaja. HEI!!!ingat bayi tu anak patung ke? aku betul2 kecewa dan sedih sangat. Apa salah nya diberi kepada orang lain atau diserahkan sahaja kepada badan kebajikan. ini tak. Aku pun tak tahu nak cakap apa,.budak2 kecik pun dah reti main jolok-jolok. Faham aje la,..

Korang lei dapat ebook free antologi kes buang bayi,artikel berita sehingga akhir mei,2010. Aku kumpul sejak awal tahun ini. Hanya untuk kesedaran dan peringatan masyarakat.

link(open new tab) - ebook free - (pdf 370kb)

Lupa lak,.sapa yang ada facebook,.leh support group aku. korang leh hantar pandangan peribadi dan sebarang cerita yang berkaitan sahaja.

link(open new tab) - Menentang Pembuangan dan Penderaan Bayi

Aku dah tak ada ayat dah. Emosi sedikit terganggu la,.ini je yang aku dapat kongsi dulu. Korang lei tinggalkan komen korang,.luahkan aje k.

p/s apa salah mereka (bayi y dibunuh) itu?

Ahad, 23 Mei 2010

Group hina Nabi yang telah diremoved kembali lagi

Group yang menghina Nabi Muhammad SAW kembali lagi di facebook dan paling mengejutkan group ini telah diremove oleh pihak facebook 3hari yang lepas.

Rujuk entry saya - Group menghina nabi Muhammad SAW di facebook.

Dengan tittle " Everybody draw mohammad day! ". Cuma tambah simbol "!" . Mereka sekali lagi membuat onar selepas 2 hari group asal mereka diremoved oleh pihak facebook. Kononnya atas hak kebebasan bersuara. Fan's group ini juga bertambah melebihi 100ribu orang. Mereka dah makin bertambah2 kurang ajar,. tak kan umat islam semua nak tgk sahaja perkara sebegini. Yang ada akaun facebook, saya minta tolong sangat2.
  • open group ini - klik sini
  • scrol page kebawah dan klik button report di sebelah kira page.
Please sesangat. Jangan biarkan mereka buat begini pada Nabi Muhammad SAW yang kita cintai ini.

p/s terdapat lagi pertambahan group sebegini lagi di facebook,antaranya sudah dinyatakan di entry sebelumnya dan y lain2 saya tak dapat list kan.harap maklum.

Jumaat, 21 Mei 2010

Group menghina nabi Muhammad SAW di facebook.

Gempak!!! Xcukup dengan kes 2 wanita bukan islam menghina agama islam di facebook dan blog hina islam awal tahun ini. Sekarang kat facebook sekarang ni ade satu group yang telah jadikan 20 mei semalam sebagai 'HARI MELUKIS NABI MUHAMMAD'.. dengan penerangan yang tulis kat situ "hari ini anda boleh luahkan segala imaginasi anda tentang nabi muhammad di atas kertas (dah translate)'. Ni la die satu lagi cubaan untuk menghina, menindas dan menaikkan kemarahan orang islam. Aku tengok gambar yang d iupload dlm group cukup KURANG AJAR dan X RETI HORMAT agama lain..

Link ke laman tersebut – Everybody Draw Mohammed Day

*kali terakhir aku try buka kul 5.45pm td, laman ini tidak boleh lagi diakses. Alhamdulillah,.

NEW, jangan gembira dulu,.ada 4 lagi laman serupa di fb yang hampir menggunakan tajuk yang sama dan terang2 motif pun sama.

Tajuk Page - Jika link dibawah xleh akses klik "Everybody Draw Mohammed Day" di ruang search fb anda.
Link 1 - klik sini
Link 2 - klik sini
Link 3 - klik sini
Link 4 - klik sini 
Sebelah kiri bawah sekali laman ada buttun report. sila klik.. kita delete reramai,bagitahu rakan blog yang ada akaun fb yang lain.


Ini adalah pautan artikel berita yang dipercayai.

Utusan online - Ribuan rakyat Pakistan protes Facebook hina Nabi Muhammad Hari ini,.

CNN – Pakistan blocks YouTube, Facebook over 'sacrilegious content'

p/s semakin biadap,..

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog saya.. ~ Tinggalkan la komen . ~ jadi follower ,promise kaizer follow balik. ~ Please subscibe supaya tak miss update. ~ Remember!!!Jangan lupe klik iklan nuffnang,.hope u'all enjoy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails