Memaparkan catatan dengan label rahsia alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rahsia alam. Papar semua catatan

Rabu, 3 Mac 2010

Sungai dalam laut???

Macam pelik bunyinya, tapi apa pun korang baca lah entri dibawah..aku petik dari laman orang lin. Ini la buktinya bahawa air tawar dan air masin xpernah bercampur.

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery ' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez .

Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."
Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu ' lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.


Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur ' an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur ' an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20.

Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur ' an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam. Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air."
Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Bagi aku, itu lah kekuasaan ALLAH, Dia Yang Maha Mengetahui.

Selasa, 2 Mac 2010

labah-labah

Arini aku nak kongsi cerita pasal serangga yang satu ini, labah-labah si arkitek tapi aku lebih fokuskan pada benang spesies labah-labah yang ini.. Labah-labah Labah-labah merupakan haiwan invertebrat pemangsa yang menghasilkan sutera, dan mempunyai dua tagma, lapan kaki, mulut tidak boleh mengunyah dan tiada sayap. Labah-labah dikelaskan dalam susunan Araneae, satu daripada beberapa susunan dalam kelas araknid yang lebih besar, kumpulan yang turut mengandungi kala jengking, tungau, sengkenit, dan falangid. Pengkajian labah-labah dikenali sebagai araknologi, dan mereka yang mengkaji labah-labah sebagai ahli araknologi.

Labah-labah bernama Dinopis mempunyai kebolehan memburu yang hebat. Selain daripada menenun sebuah jaring dan menanti mangsa, ia juga menenun satu jaring kecil yang luar biasa untuk dilontarkan ke arah mangsanya. Kemudian, ia akan membalut dengan kejap mangsa tersebut dengan jaring ini. Serangga yang telah terperangkap tidak dapat berbuat apa-apa untuk melepaskan dirinya. Jaring tersebut dibina dengan begitu sempurna sehinggakan serangga-serangga akan menjadi lebih terjebak apabila ia makin cemas. Untuk menyimpan makanannya, labah-labah membalut mangsa dengan benang-benang tambahan, seolah-olah seperti ia dibungkuskan. Bagaimana labah-labah ini dapat membina sebuah jaring yang begitu menakjubkan dengan reka bentuk mekanikal dan struktur kimia? Adalah mustahil jika labah-labah ini memperolehi kebolehan seperti ini secara kebetulan, seperti yang didakwa oleh para evolusionis. Labah-labah tidak mempunyai keupayaan untuk belajar atau mengingat, malah ia tidak mempunyai otak untuk menjalankan tugas-tugas ini. Jelaslah, bahawa keupayaan ini telah dianugerahkan kepada labah-labah oleh penciptanya, Allah, Yang Maha Berkuasa. Berbagai keajaiban-keajaiban penting tersembunyi di dalam benang labah-labah ini. Benang ini, dengan diameter kurang daripada seribu per satu milimeter, adalah lima kali lebih kuat daripada wayar besi pada ketebalan yang sama. Benang ini mempunyai satu lagi karakteria lain, ia amat ringan. Panjang benang ini mampu mengelilingi bumi ini dengan hanya berat 320 gram.164 Besi, satu bahan khas yang dibuat di dalam perusahaan industri, adalah bahan terkuat yang dihasilkan oleh manusia. Bagaimana pun, labah-labah dapat menghasilkan di dalam badannya benang yang jauh lebih kukuh daripada besi. Manusia menghasilkan besi berdasarkan pengetahuan dan teknologi orang yang terdahulu; kalau begitu, pengetahuan dan teknologi manakah yang labah-labah guna untuk membuat benangnya? sekarang ini pelbagai kajian khusus mengenai benang labah-labah ini telah dijalankan dalam proses perbuatan baju kalis peluru(huh,perlu banyak tu). Malah, untuk proses itu, mereka ini di teknak(macam pelik bunyinya) untuk dapatkan benangnya. Seperti yang dapat kita lihat, semua kualiti teknologi dan teknik yang ada pada manusia adalah lebih mundur daripada seekor labah-labah.
Ketahui lebih lanjut tentang labah-labah ini layari YouTUBE

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog saya.. ~ Tinggalkan la komen . ~ jadi follower ,promise kaizer follow balik. ~ Please subscibe supaya tak miss update. ~ Remember!!!Jangan lupe klik iklan nuffnang,.hope u'all enjoy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails