Memaparkan catatan dengan label Pc-Website. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pc-Website. Papar semua catatan

Jumaat, 5 November 2010

Kawad Berirama

z_explode Video kat bawah ini adalah kawad kaki berirama Kadet Remaja Sekolah (KRS) sebuah SMK. Aku saja share tuk korang sebab bagi aku, persembahan diorang memang menghiburkan dan lucu. Bukan sesuatu yang mudah untuk buat persembahan terutama dalam keadaan berkawad kaki, ia perlukan disiplin yang tinggi. Tabik spring tuk mereka-mereka ini.. z_sunglasses

p/s Enjoy tak??  Dan untuk lebih lagi video-video seperti ini, cari sendiri kat YouTube k. Ada banyak sebenarnya.

Sabtu, 24 Julai 2010

Teguran ikhlas dari aku untuk semua.

z_thinking 6 teguran ikhlas aku untuk semua writer dan blogger dan juga reader,

rtyui1

1) z_angry Waste my time - Semalam, tgh dok blogwalking, sakit hati lak aku kat blog macam ini,.  Nuffnang nya “SALAH LETAK”. Ia lebih juga dikenali iklan statik, saja nak tunjuk advance. Tapi kalau nak hias pun beragak la, jangan la sampai “MENGANGGU” . Apa salahnya minta bantuan dari yang pakar,tolong adjust code script supaya iklan nuff tu berapa kat kanan atau kat kiri blog yang mempunyai “ruang kosong yang luas” atau “auto hidden” Tak pun senang letak ja la kat sidebar.

Banyak lagi blog yang aku jumpa seperti ini. Biasa kalau aku jumpa, aku akan close terus, buka blog orang lin. Waste my time. Kadang org nak comment pun susah.

2) z_disagree2 Ego - Dan aku percaya bila aku/orang lain  tegur atau bagi nasihat, mesti si owner akan kata “ ini blog aku, aku punya suka nak buat apa,.kau sibuk2 buat apa, lagipun kau xlayak nak tegur aku”, dan aku akan jawab “org bagi teguran dan nasihat cara baik, dihalau lak, jangan salahkan orang lain kalau anda di pulaukan” Itu je jawapan aku.

"Ingat!!!kawallah ego anda walaupun sesiapa pun yang tegur anda,. terima la dan fikirkan semula,. betul atau salah dan berterima kasihlah. Susahkah nak ucap 'TERIMA KASIH' dan ‘MAAF’?

3) z_thumbsup2 Perkongsian - Aku percaya ramai blogger dan writer yang buat blog atau website, tujuan utamanya adalah untuk berkongsi sesuatu dengan orang lain. Tak kira la samaada kongsi media, pandangan politik atau peribadi, cerita hal perbadi atau sebaliknya, ilmu agama dan ilmu yang bermanfaat, picture, atau apa jua termasuk yang berniaga, buka kedai sekalipun,. Bagi aku itu adalah perkongsian. Tiada personal matter. Bila anda dah buat blog atau website, nak tak nak itulah yang perlu anda tempuhi tapi anda masih tetap boleh mengawalnya. Fikir baik2 sebelum post sesuatu.

“Ingat!!! bila anda dah berkongsi sesuatu di alamat siber ini,. anda tak boleh tarik balik walaupun anda dah delete bersih atau guna hosting/domain berbayar sekalipun tapi kesannya tetap akan ada yang tertinggal” . .

4) z_wait Sesak2 - Ada orang suka letak widget, banner atau sewaktu dengannya banyak2 kat blog. Lain la kalau ia memang direktori iklan atau list  lagu/video. Jika loading time page sesuatu blog tu cepat, tak pe la. Nie duk menunggu 30minit baru full open page,. Bagi aku, jika lebih 3minit tak full open tersebut,confirm aku close dan aku takkan visit lagi walau sebagus mana entry die.

"Ingat!!! tak semua pengguna internet yang mempunyai connection internet yang laju terutama yang pakai pakej basic, memang akan bertambah slow, tambah hang. So, berpada-pada la. Letak la apa yang penting."

5) z_cry2 Bingit Telinga - Pernah tak bila korang buka blog orang, korang akan dikejutkan bunyi atau muzik kuat yang tertiba muncul dari mana? tentu pernahkan. Aku juga selalu terkena, nasib tak ada sakit jantung,. Apa salahnya widget player korang tu di ‘play-manual’kan atau di ‘auto-slow’kan volume. Pastu tu lagu la, kalau mula2 tu rentaknya slow tak pe la juga,. ini tertibe bunyi guruh,. mana la orang sakit jantung tak mati masa tu juga. Please guna rentak yang lembut, yang enak didengar. Lagi satu widget player tu letak la atas sekali. Senang reader nk pausekan terus. Jangan la letak paling bawah k, tak pun tak payah la pakai. Buat berat je.

“Ingat, tak semua reader/pelawat suka dengar lagu yang di minati owner blog. Makin sakit hati adalah. Fikir lah juga perasan orang lain.”

6) z_devil Pertelagahan - Ni yang last. Kelmarin, aku ada terbaca satu blog dak kecik ni. Mybe dalam lingkungan 14/15 tahun kot. Kesian aku tgk owner blog tu, asyik kena kutuk je dengan musuh2 die. Xkira la samaada kat chat box atau kat komen atau pun kat post masing2. Ada je yang cari musuh. Pastu lei pulak ajak orang lain join.

Cuma nasihat aku, walau apa pun perbalahan korang, tolong settle kan kat luar, settle kan la secara peribadi. Tapi bila korang gaduh dialam siber/di blog/di laman sosial dan memalukan antara satu sama lain, orang lain akan tgk dan baca,. Malu sih, Malu. Bukan dosa je yang dapat, malah org pandang hina tahap cipan tau. Please la, berdamai la dan settlekan la secara baik, itu la yang seeloknya. Ini juga peringatan bagi yang lain yang  suka menjatuhkan atau sengaja menfitnah orang lain di entry masing2. Selagi entry tak elok itu dibaca org, selagi tu la dosa itu sentiasa datang pada yang menulisnya.erm,…

“Ingat!!, hidup di dunia ini adalah saling bermaafan dan berkasih sayang, Hargai dan hormati lah orang lain supaya orang lain juga menghargai dan menghormati anda.”

*Habis dah - z_chuckle Ok, itu je aku nak bagi tahu. apapun aku minta maaf sebab en3 kali ni terlalu- lalu panjang. dan jika ada sesiapa yang terasa atau sakit hati.  Aku harap dimaafkan. Jika aku buat salah, sila tegur aku.  Hidup sesama manusia adalah untuk saling ingat-mengingati.

p/s K la, Sampai jumpa lagi. Maybe entry akan  datang ada lagi teguran sebegini lagi. Kita perbetulkan la apa yang silap. Renung-renungkan dan selamat beramal. Chewah.hehehe,.z_embarassed

Selasa, 20 Julai 2010

Kaizer Collection

Good news,. I have new blogshop,. z_surprised what???

Haha,.picture yang korang lihat kat bawah ini adalah blog testing aku, setakat ini aku puas hati dengan blog ini cume masih lagi pembinaan lagi. Ini lah Kaizer Collection.
kaizercollection
Aku suka templete ini sebab ia macam eleman gambar dan sesuai untuk dijadikan shop. Tapi masalah nya tak banyak eleman sidebar. dan tak boleh nak adjust2 xml nya. Maklum la “ Buta IT” . Dan jika dah betul2 siap aku cadang nak alihkan ‘Kaizer Shop’ ke ‘Kaizer Collection’ secara beransur2. Aku cadang aku nak perbanyakan produk mampu milik di Kaizer Collection. Templete trily dari templeteblogger.com
kaizerperfume
Kaizer shop? z_nah  tuk masa akan datang, aku tak tahu lagi nak wat apa dengan kaizer shop. Tapi wat masa ini kaizer shop tetap beroperasi macam biasa. Lagi pun ini antara sumber pendapatan tambahan aku walaupun hasilnya tak la sebanyak yang aku jangka, tapi ia tetap memberi pulangan yang baik. Templete dari blogger in draft.
kaizerhouse
Korang rasa ok ke blog peribadi aku ini,.z_cry2 ntah la, sejak akhir2 ini aku rasa macam tak puas hati je. Tapi banyak masalah lain untuk aku  tukar templete lain. dan satu lagi aku rasa macam berat sangat. Setakat ini aku cuba main2 dengan background,. pastu main2 dengan widget and eleman,.macam2 aku buat, tapi tetap tak puashati,. Apa pendapat korang?
p/s kalau korang perasan ketiga2 blog aku guna tema biru sebab aku suka biru.z_rollingeyes

Selasa, 6 Julai 2010

New widget blogger in draf

statistik2
Kalau yang baru berapa kali ni post en3 terbaru guna blogspot mesti dah perasan tab baru ni. Diberi nama statistik,. ia merekodkan setiap trafik blog kita, jumlah paparan setiap post dan macam2 la. Aku baru tadi sedar akan benda baru ni,. ini memudahkan kita mengawal aliran trafik ke blog kita,. memang ia membantu,. Sebelum ini aku lebih suka guna hitstats.com , feedjit.com n addthis.com untuk melihat aliran trafik blog aku.

Dah la, ringkas kan je la, korang godek la sendiri..

p/s sapa leh ajar aku tentang meta tag, n cara cari meta yang berkualiti untuk blog kita?

Sabtu, 26 Jun 2010

Gambar Menghina Islam

Sebenarnya aku rasa bersalah nak wat post ni. Tapi bila ‘seseorang’ tanda nama aku kat pic ni kat facebook,.memang aku sakit hati betul. Betul2 sakit hati. Aku tak kesah jika gambar itu sesuatu yang baik atau melucukan tapi bagi aku, ini sungguh menghinakan,. Bukan hanya pada aku tapi lebih kepada umat yang didahinya tersembunyi kalimah Alif Lam Lam Ha. Aku betul2 tersentuh dengan gambar ini.34232_1500309745705_1173019139_1451194_8329993_n Walaupun ilmu agama aku hanya sebesar zarah sahaja tapi aku masih ada jiwa islam dalam hati aku. Sampai begini mereka menghina agama kita. Korang renungkan dan fikirkan la sendiri. Dikatakan gambar ni yang terbaru, bagi diorang ‘seni’ tapi bagi aku ini ‘penghinaan’.

Post ini sekadar perkongsian untuk membenci atas tindakan keterlaluan sebegini. Tolong jangan COPY.

p/s aku betul2 rasa sebak,. tolong jangan copy jika niat korang sekadar nak main2kan agama dan bukan untuk beri PERINGATAN.

Isnin, 14 Jun 2010

Ukulele - i’m yours

Saja nak kongsi video dari youtube,.n aku terhibur ngan gelagat budak ini..walaupun dia nyanyi,sepatah apa aku tak paham.
Tapi jangan memain, lebih 20.9juta views tu. Hebat!!Anak sapa la ni,.hahaha,..layan,..moga korang terhibur juga. Ada banyak lagi vid lin,search sendiri la.
P/s teringat adik bongsu aku dulu,time tu umur die 4tahun, nyanyi lagu kumpulan spider sambil lompat2,. akhirnya berbenjol kepala terhantuk tv.

Jumaat, 4 Jun 2010

MillatFacebook.com

Aku tau ramai dah tau laman millatfacebook ini,.tapi aku tetap nak bagi tahu juga,. Kasi promo sikit la.huhu

MFB VS FB 

Aku dah daftar kelmarin, try la godek2,. sebelum daftar wajib baca terma dan policy dulu,. dan ternyata policy dan terma mfb ini jauh berbeza dari FB dan 2 benda ni wat aku tertarik nak join,.

millatfacebook-terms-of-use 
millatfacebook-privacy-policy-500x78

Kalau korang sangka yang MFB ini tiru 100% FB, ternyata korang salah. Walaupun tema warna sama macam fb, tapi dalamnya jauh sangat berbeza. Tak keterlaluan aku cakap, laman ini bukannya 100%  klon FB, ia adalah idea asli 6 orang pakar it pakistan, malah siap ada copyright lagi tu .

Setakat ini  dah ramai  juga yang join MFB sejak kuar berita 29hb lepas. Cuma apa yang aku sedikit kecewa, connection MFB ini agak slow, jadi loading time pun agk lambat,.maklum la standartnya masih jauh berbanding FB. Banyak yang perlu diperbaiki dan di upgrade.

Nasihat aku, kalau korang nak register,.jangan guna email yahoo,.MFB ada problem dengan email yahoo,seeloknya guna gmail sahaja. Korang try la godek2 dulu k. Nanti,lei la kita main add2 ye,.hahahah

p/s jangan la lupe add aku,.http://www.millatfacebook.com/fkaizer/ .

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog saya.. ~ Tinggalkan la komen . ~ jadi follower ,promise kaizer follow balik. ~ Please subscibe supaya tak miss update. ~ Remember!!!Jangan lupe klik iklan nuffnang,.hope u'all enjoy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails