Memaparkan catatan dengan label Love. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Love. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Julai 2010

Teguran ikhlas dari aku untuk semua.

z_thinking 6 teguran ikhlas aku untuk semua writer dan blogger dan juga reader,

rtyui1

1) z_angry Waste my time - Semalam, tgh dok blogwalking, sakit hati lak aku kat blog macam ini,.  Nuffnang nya “SALAH LETAK”. Ia lebih juga dikenali iklan statik, saja nak tunjuk advance. Tapi kalau nak hias pun beragak la, jangan la sampai “MENGANGGU” . Apa salahnya minta bantuan dari yang pakar,tolong adjust code script supaya iklan nuff tu berapa kat kanan atau kat kiri blog yang mempunyai “ruang kosong yang luas” atau “auto hidden” Tak pun senang letak ja la kat sidebar.

Banyak lagi blog yang aku jumpa seperti ini. Biasa kalau aku jumpa, aku akan close terus, buka blog orang lin. Waste my time. Kadang org nak comment pun susah.

2) z_disagree2 Ego - Dan aku percaya bila aku/orang lain  tegur atau bagi nasihat, mesti si owner akan kata “ ini blog aku, aku punya suka nak buat apa,.kau sibuk2 buat apa, lagipun kau xlayak nak tegur aku”, dan aku akan jawab “org bagi teguran dan nasihat cara baik, dihalau lak, jangan salahkan orang lain kalau anda di pulaukan” Itu je jawapan aku.

"Ingat!!!kawallah ego anda walaupun sesiapa pun yang tegur anda,. terima la dan fikirkan semula,. betul atau salah dan berterima kasihlah. Susahkah nak ucap 'TERIMA KASIH' dan ‘MAAF’?

3) z_thumbsup2 Perkongsian - Aku percaya ramai blogger dan writer yang buat blog atau website, tujuan utamanya adalah untuk berkongsi sesuatu dengan orang lain. Tak kira la samaada kongsi media, pandangan politik atau peribadi, cerita hal perbadi atau sebaliknya, ilmu agama dan ilmu yang bermanfaat, picture, atau apa jua termasuk yang berniaga, buka kedai sekalipun,. Bagi aku itu adalah perkongsian. Tiada personal matter. Bila anda dah buat blog atau website, nak tak nak itulah yang perlu anda tempuhi tapi anda masih tetap boleh mengawalnya. Fikir baik2 sebelum post sesuatu.

“Ingat!!! bila anda dah berkongsi sesuatu di alamat siber ini,. anda tak boleh tarik balik walaupun anda dah delete bersih atau guna hosting/domain berbayar sekalipun tapi kesannya tetap akan ada yang tertinggal” . .

4) z_wait Sesak2 - Ada orang suka letak widget, banner atau sewaktu dengannya banyak2 kat blog. Lain la kalau ia memang direktori iklan atau list  lagu/video. Jika loading time page sesuatu blog tu cepat, tak pe la. Nie duk menunggu 30minit baru full open page,. Bagi aku, jika lebih 3minit tak full open tersebut,confirm aku close dan aku takkan visit lagi walau sebagus mana entry die.

"Ingat!!! tak semua pengguna internet yang mempunyai connection internet yang laju terutama yang pakai pakej basic, memang akan bertambah slow, tambah hang. So, berpada-pada la. Letak la apa yang penting."

5) z_cry2 Bingit Telinga - Pernah tak bila korang buka blog orang, korang akan dikejutkan bunyi atau muzik kuat yang tertiba muncul dari mana? tentu pernahkan. Aku juga selalu terkena, nasib tak ada sakit jantung,. Apa salahnya widget player korang tu di ‘play-manual’kan atau di ‘auto-slow’kan volume. Pastu tu lagu la, kalau mula2 tu rentaknya slow tak pe la juga,. ini tertibe bunyi guruh,. mana la orang sakit jantung tak mati masa tu juga. Please guna rentak yang lembut, yang enak didengar. Lagi satu widget player tu letak la atas sekali. Senang reader nk pausekan terus. Jangan la letak paling bawah k, tak pun tak payah la pakai. Buat berat je.

“Ingat, tak semua reader/pelawat suka dengar lagu yang di minati owner blog. Makin sakit hati adalah. Fikir lah juga perasan orang lain.”

6) z_devil Pertelagahan - Ni yang last. Kelmarin, aku ada terbaca satu blog dak kecik ni. Mybe dalam lingkungan 14/15 tahun kot. Kesian aku tgk owner blog tu, asyik kena kutuk je dengan musuh2 die. Xkira la samaada kat chat box atau kat komen atau pun kat post masing2. Ada je yang cari musuh. Pastu lei pulak ajak orang lain join.

Cuma nasihat aku, walau apa pun perbalahan korang, tolong settle kan kat luar, settle kan la secara peribadi. Tapi bila korang gaduh dialam siber/di blog/di laman sosial dan memalukan antara satu sama lain, orang lain akan tgk dan baca,. Malu sih, Malu. Bukan dosa je yang dapat, malah org pandang hina tahap cipan tau. Please la, berdamai la dan settlekan la secara baik, itu la yang seeloknya. Ini juga peringatan bagi yang lain yang  suka menjatuhkan atau sengaja menfitnah orang lain di entry masing2. Selagi entry tak elok itu dibaca org, selagi tu la dosa itu sentiasa datang pada yang menulisnya.erm,…

“Ingat!!, hidup di dunia ini adalah saling bermaafan dan berkasih sayang, Hargai dan hormati lah orang lain supaya orang lain juga menghargai dan menghormati anda.”

*Habis dah - z_chuckle Ok, itu je aku nak bagi tahu. apapun aku minta maaf sebab en3 kali ni terlalu- lalu panjang. dan jika ada sesiapa yang terasa atau sakit hati.  Aku harap dimaafkan. Jika aku buat salah, sila tegur aku.  Hidup sesama manusia adalah untuk saling ingat-mengingati.

p/s K la, Sampai jumpa lagi. Maybe entry akan  datang ada lagi teguran sebegini lagi. Kita perbetulkan la apa yang silap. Renung-renungkan dan selamat beramal. Chewah.hehehe,.z_embarassed

Isnin, 21 Jun 2010

Selamat Hari Bapa

Ramai orang sambut dan ingat HARI IBU. Macam-macam sambutan dan anugerah diorang buat. Memang meriah sungguh, bangga betul wanita-wanita yang bergelar ibu. Tapi kalian jangan lupa juga, HARI BAPA. Ada orang kisah dan ada yang tak kisah sangat pun. Kekadang tu terasa la jugak, macamlah bapa ni tak banyak sumbangan atau agaknya ikut peribahasa setakat sebut BAPAK BOREK, ANAK RINTIK berbanding tentang ibu, SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU.

Kadang-kadang tu bila anak buat silap atau salah, biasanya mak akan kata pada bapa, “ Haaa….tengok tu perangai anak awak, sama macam bapak dia…”. Tapi bila anak dapat pujian, mulalah mak kata, “ Aiii…anak sapa, tengokla mak dia…”.

Apapun itu antara senario yang kadang-kadang kita lihat. Tapi saya(tukar ganti diri nama sopan sikt) percaya kita semua tak amal la perangai macam tu. Bagi saya, mak atau ayah, mereka semua sama. Hari ini kita kena balas balik semua pengorbanan dan jasa mereka, kerana kita juga akan/telah jadi bapa dan punya anak. Tentunya kita jugak mahu anak-anak kita jadi manusia yang tahu membalas budi dan berjasa pada kedua ibubapa.

Disini juga saya ambil kesempatan nak ucap SELAMAT HARI BAPA kepada ayah saya dan semua kaum adam yang sudah menjadi bapa. Moga kita mampu menjadi contoh terbaik kepada anak-anak kita.

Ku ada sebuah lagu untuk semua bapa,


Tajuk : Sentuhanmu
Vokal : In-Team
Album : Damba Kasih

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

DOWNLOAD bagi versi mp3, DOWNLOAD bagi versi mp4

p/s dengar pun cedih juga,..

Khamis, 3 Jun 2010

Cinta itu buta?

Ingatan,.entry kali ini agak panjang,.minta maaf,.pinjam masa anda sebentar k.huhuhu

Tajuk diatas mesti tak asing lagi bagi korang kan,. Cinta Buta. Macam cinta itu ada mata pula bunyinya. jadi dari mana asalnya ayat cinta itu buta,. Adakah macam cerita kassim selamat yang sanggup menangis hingga buta tangisi kehilangan isterinya atau adakah macam cerita Romie And Juliet yang sanggup bunuh diri semata demi cinta ataupun juga seperti cerita Beauty and Beast, cinta tak kenal paras rupa,..

Ada yang bersetuju cinta itu memang buta, tapi juga ada yang kata tidak,.jadi persoalannya yang mana betul? Aku bukan seorang arif pasal cintan cintun ini.dan jika dibahaskan persoalan cinta ini,pastinya takkan abis. Andai aku ditanyai soalan ini,.dan pastinya aku akan jawab “no komen”..

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru 2010

Luahan untuk mu,cikgu

Selamat hari guru ku tujukan kat semua guru malaysia terutama kepada guru/uztaz/ustazah di sk kempas,sk parit kudus, smk sri kukup, smka johor bahru, ilp pasir gudang dan kepada semua guru2 malaysia..
Juga ditujukan untuk sesiapa pun yang mendidik anak bangsa tak kira die seorang pekerja kilang, ,seorang tukang kebun, seorang abang, seorang pemandu bas, seorang ayah atau ibu, malah walaupun anda seorang peminta sedekah,seorang gila sekalipun tapi jika anda seorang yang memberi ilmu yang berguna kepada seorang yang lain,.anda adalah seorang cikgu. Terima Kasih, CIKGU.

~~Faiz mazwan(kaizer)


Rabu, 12 Mei 2010

pss,.nk crite sesuatu la

Psss,.nak cakap sikit la,.ada problem sikit nak kongsi ni,.boleh tak??apahal pun please baca No 1 kat bawah ni dulu ei,.

Ahad, 9 Mei 2010

Selamat Hari Ibu

9 Mei 2010 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
Terdetik hati aku nak ucapkan selamat hari ibu kat ibu ku,.anak mu ni memang degil,selalu sangat sakitkan hati ibu,.nukilan ini bukan hanya untuk ingatan ku sahaja tapi untuk kalian semua,.sayangi ibu kita,.

Rabu, 3 Mac 2010

8 petanda jodoh kamu.

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
 Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagiaan kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

KALAU DAH DITAKDIRKAN ITU ADALAH ORANGNYA..ITULAH JODOHMU..

p/s aku yang masih sendiri...ermmmm

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog saya.. ~ Tinggalkan la komen . ~ jadi follower ,promise kaizer follow balik. ~ Please subscibe supaya tak miss update. ~ Remember!!!Jangan lupe klik iklan nuffnang,.hope u'all enjoy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails