Ramai orang sambut dan ingat HARI IBU. Macam-macam sambutan dan anugerah diorang buat. Memang meriah sungguh, bangga betul wanita-wanita yang bergelar ibu. Tapi kalian jangan lupa juga, HARI BAPA. Ada orang kisah dan ada yang tak kisah sangat pun. Kekadang tu terasa la jugak, macamlah bapa ni tak banyak sumbangan atau agaknya ikut peribahasa setakat sebut BAPAK BOREK, ANAK RINTIK berbanding tentang ibu, SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU.
Kadang-kadang tu bila anak buat silap atau salah, biasanya mak akan kata pada bapa, “ Haaa….tengok tu perangai anak awak, sama macam bapak dia…”. Tapi bila anak dapat pujian, mulalah mak kata, “ Aiii…anak sapa, tengokla mak dia…”.
Apapun itu antara senario yang kadang-kadang kita lihat. Tapi saya(tukar ganti diri nama sopan sikt) percaya kita semua tak amal la perangai macam tu. Bagi saya, mak atau ayah, mereka semua sama. Hari ini kita kena balas balik semua pengorbanan dan jasa mereka, kerana kita juga akan/telah jadi bapa dan punya anak. Tentunya kita jugak mahu anak-anak kita jadi manusia yang tahu membalas budi dan berjasa pada kedua ibubapa.
Disini juga saya ambil kesempatan nak ucap SELAMAT HARI BAPA kepada ayah saya dan semua kaum adam yang sudah menjadi bapa. Moga kita mampu menjadi contoh terbaik kepada anak-anak kita.
Ku ada sebuah lagu untuk semua bapa,
2 ulasan:
Salam... terima kasih kerana sudi menyinggah di blog saya...
Hadiah untuk hari bapa sekadar ini http://novel17.blogspot.com/2010/04/cerpen-warkah-buat-abah.html
Best Regards
El-Zaffril
http://www.zafril.com
semoga menjadi bapa yg penyayang kelak..
Catat Ulasan