Sabtu, 25 September 2010

Semakin Kejam ke kita?

z_sherlock Orang kata,bila bercakap tentang kes pembunuhan yang mengempakkan negara sebegini, mulut kena berlapik. Takut ada yang tersalah taksir Dan mencetuskan keadaan yang kurang senang. Jadi, apa yang korang baca dalam tulisan aku kali ini hanya sekadar pendapat.

Korang mesti masih ingat, kes adik Siti Humaira Sahari,4tahun yang di tendang, disepak dan di pijak dengan but bola dipadang bola sehingga mati awal tahun ini. Kes ini sudah pun dianggap selesai apabila pembunuhnya akan dihukum gantung sampai mati kelak … First time, aku baca berita tersebut,. hati aku amat sedih sekali. Arwah yang masih kecil, yang masih belum puas mengenal dunia diperlakukan macam binatang oleh pembunuhnya. Begitu rendah sekali nyawa manusia.z_cry2

Akhir tahun lepas hingga suku terakhir tahun ini, semakin banyak kes buang bayi berlaku. dan terbaru di mana seorang remaja perempuan yang berusia 17tahun menipu polis dan keluarganya menyatakan menemui bayi dibelakang rumah yang ternyata memang bayi yang dilahirnya sendiri. Nasib baik bayi itu masih hidup. Itu yang masih hidup, bagaimana pula kes bayi yang dibuang mati dikerumni semut atau yang paling teruk di makan anjing. Sedih aku lihat bayi yang belum lagi nak mengenali dunia diperlakukan sebegitu. Semua ini salah siapa? Dan setuju sangat kes bila kes sebegini sepatutnya di ketegorikan sebagai kes bunuh. Mati dibalas mati. Agaknya baru orang gerum kot. z_nah

Terbaru, kes pembunuhan berprofil tinggi, kes Datuk Sosilawati Lawiya  dan 3 orang yang lain yang dibunuh dengan kejam. Mayat mereka dibakar dan abunya di buang di dalam sungai. Nampak sangat, pembunuhan ini dilakukan mereka yang  pro. Tiada bukti tiada dakwa. Semuanya hanya bermotif DUIT. Dari kes ini la, muncul satu persatu kes lain yang berkaitan dan pelbagai kemuskhilan di timbulkan. Dikhianati orang kepercayaan, duit syarikat di songlap dan macam-macam lagi,. dan yang buat aku geleng kepala apabila rakan rapatnya sendiri ditemui mati tergantung (bagi polis mati mengejut, bagi aku bunuh diri) tapi dikatakan tiada kaitan dengan kes sosilawati. itu belum termasuk kes beberapa orang hilang (kemungkinan besar telah dibunuh) yang dikaitkan dengan suspek utama. Aku harap 5 suspek yang ditahan ini akan di hukum mati mandatori. z_thinking

Kebanyakan kes sebegini bermula dari perkara yang tak logik, yang remeh yang akhirnya menghancurkan diri sendiri. Agaknya bila dunia nak aman. Memang betul lah kita memang semakin kejam.z_disagree2

p/s Sebenarnya kita sentiasa takut. Minta komen anda jika anda seorang yang prihatin.

Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog saya.. ~ Tinggalkan la komen . ~ jadi follower ,promise kaizer follow balik. ~ Please subscibe supaya tak miss update. ~ Remember!!!Jangan lupe klik iklan nuffnang,.hope u'all enjoy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails