Selasa, 27 Julai 2010

Malique - Layu

Sebagai ingatan untuk orang melayu. Tiada kaitan dengan sebarang perjuangan politik. Sebenarnya ia lebih sesuai di gelar puisi dalam berlagu.erm,..



Title : Layu
Vokal : Malique (intro by Tun Mahathir Mohamad)

(Tun Mahathir Mohamad)
Sesungguhnya, tidak ada yang lebih menyayangi
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
Dari melihatkan bangsa ku hilang

(malique)
Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu (3x)

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu (3x)

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai (3x)

(Tun Mahathir Mohamad)
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya


DOWNLOAD free mp3 disini.

p/s aku nak tanya. apa yang korang dapat dari bibit-bibit puisi dalam lagu ni,. sila jadi lah si "mulut murai" dalam memberi pandangan. Jangan segan, Jangan malu, Jangan berada di dalam kotak. Jangan mengikut dan menyiakan sahaja seperti kerbau di tarik hidung. Fikirkan dulu sebelum bersuara.. jadi la si "mulut murai yang beradab" . sila kan,..^.^

Sabtu, 24 Julai 2010

Teguran ikhlas dari aku untuk semua.

z_thinking 6 teguran ikhlas aku untuk semua writer dan blogger dan juga reader,

rtyui1

1) z_angry Waste my time - Semalam, tgh dok blogwalking, sakit hati lak aku kat blog macam ini,.  Nuffnang nya “SALAH LETAK”. Ia lebih juga dikenali iklan statik, saja nak tunjuk advance. Tapi kalau nak hias pun beragak la, jangan la sampai “MENGANGGU” . Apa salahnya minta bantuan dari yang pakar,tolong adjust code script supaya iklan nuff tu berapa kat kanan atau kat kiri blog yang mempunyai “ruang kosong yang luas” atau “auto hidden” Tak pun senang letak ja la kat sidebar.

Banyak lagi blog yang aku jumpa seperti ini. Biasa kalau aku jumpa, aku akan close terus, buka blog orang lin. Waste my time. Kadang org nak comment pun susah.

2) z_disagree2 Ego - Dan aku percaya bila aku/orang lain  tegur atau bagi nasihat, mesti si owner akan kata “ ini blog aku, aku punya suka nak buat apa,.kau sibuk2 buat apa, lagipun kau xlayak nak tegur aku”, dan aku akan jawab “org bagi teguran dan nasihat cara baik, dihalau lak, jangan salahkan orang lain kalau anda di pulaukan” Itu je jawapan aku.

"Ingat!!!kawallah ego anda walaupun sesiapa pun yang tegur anda,. terima la dan fikirkan semula,. betul atau salah dan berterima kasihlah. Susahkah nak ucap 'TERIMA KASIH' dan ‘MAAF’?

3) z_thumbsup2 Perkongsian - Aku percaya ramai blogger dan writer yang buat blog atau website, tujuan utamanya adalah untuk berkongsi sesuatu dengan orang lain. Tak kira la samaada kongsi media, pandangan politik atau peribadi, cerita hal perbadi atau sebaliknya, ilmu agama dan ilmu yang bermanfaat, picture, atau apa jua termasuk yang berniaga, buka kedai sekalipun,. Bagi aku itu adalah perkongsian. Tiada personal matter. Bila anda dah buat blog atau website, nak tak nak itulah yang perlu anda tempuhi tapi anda masih tetap boleh mengawalnya. Fikir baik2 sebelum post sesuatu.

“Ingat!!! bila anda dah berkongsi sesuatu di alamat siber ini,. anda tak boleh tarik balik walaupun anda dah delete bersih atau guna hosting/domain berbayar sekalipun tapi kesannya tetap akan ada yang tertinggal” . .

4) z_wait Sesak2 - Ada orang suka letak widget, banner atau sewaktu dengannya banyak2 kat blog. Lain la kalau ia memang direktori iklan atau list  lagu/video. Jika loading time page sesuatu blog tu cepat, tak pe la. Nie duk menunggu 30minit baru full open page,. Bagi aku, jika lebih 3minit tak full open tersebut,confirm aku close dan aku takkan visit lagi walau sebagus mana entry die.

"Ingat!!! tak semua pengguna internet yang mempunyai connection internet yang laju terutama yang pakai pakej basic, memang akan bertambah slow, tambah hang. So, berpada-pada la. Letak la apa yang penting."

5) z_cry2 Bingit Telinga - Pernah tak bila korang buka blog orang, korang akan dikejutkan bunyi atau muzik kuat yang tertiba muncul dari mana? tentu pernahkan. Aku juga selalu terkena, nasib tak ada sakit jantung,. Apa salahnya widget player korang tu di ‘play-manual’kan atau di ‘auto-slow’kan volume. Pastu tu lagu la, kalau mula2 tu rentaknya slow tak pe la juga,. ini tertibe bunyi guruh,. mana la orang sakit jantung tak mati masa tu juga. Please guna rentak yang lembut, yang enak didengar. Lagi satu widget player tu letak la atas sekali. Senang reader nk pausekan terus. Jangan la letak paling bawah k, tak pun tak payah la pakai. Buat berat je.

“Ingat, tak semua reader/pelawat suka dengar lagu yang di minati owner blog. Makin sakit hati adalah. Fikir lah juga perasan orang lain.”

6) z_devil Pertelagahan - Ni yang last. Kelmarin, aku ada terbaca satu blog dak kecik ni. Mybe dalam lingkungan 14/15 tahun kot. Kesian aku tgk owner blog tu, asyik kena kutuk je dengan musuh2 die. Xkira la samaada kat chat box atau kat komen atau pun kat post masing2. Ada je yang cari musuh. Pastu lei pulak ajak orang lain join.

Cuma nasihat aku, walau apa pun perbalahan korang, tolong settle kan kat luar, settle kan la secara peribadi. Tapi bila korang gaduh dialam siber/di blog/di laman sosial dan memalukan antara satu sama lain, orang lain akan tgk dan baca,. Malu sih, Malu. Bukan dosa je yang dapat, malah org pandang hina tahap cipan tau. Please la, berdamai la dan settlekan la secara baik, itu la yang seeloknya. Ini juga peringatan bagi yang lain yang  suka menjatuhkan atau sengaja menfitnah orang lain di entry masing2. Selagi entry tak elok itu dibaca org, selagi tu la dosa itu sentiasa datang pada yang menulisnya.erm,…

“Ingat!!, hidup di dunia ini adalah saling bermaafan dan berkasih sayang, Hargai dan hormati lah orang lain supaya orang lain juga menghargai dan menghormati anda.”

*Habis dah - z_chuckle Ok, itu je aku nak bagi tahu. apapun aku minta maaf sebab en3 kali ni terlalu- lalu panjang. dan jika ada sesiapa yang terasa atau sakit hati.  Aku harap dimaafkan. Jika aku buat salah, sila tegur aku.  Hidup sesama manusia adalah untuk saling ingat-mengingati.

p/s K la, Sampai jumpa lagi. Maybe entry akan  datang ada lagi teguran sebegini lagi. Kita perbetulkan la apa yang silap. Renung-renungkan dan selamat beramal. Chewah.hehehe,.z_embarassed

Jumaat, 23 Julai 2010

Kod warna HEX/HTML

Kod warna hex/html,. hahaa,. jom main2 dengan kod warna. Jika mencari warna2 yang sesuai dengan blog/website korang,. cari je kat bawah ni. Ada 216 warna lazim yang asas. Saja je sebagai rujukan.  Pening? cari perlahan-lahan je.

Kod Warna :


*Klik kekotak warna untuk mendapatkan kode hex nya. Right klik dan copy.
*Klik pada mana-mana kekotak untuk pilih warna yang lain.

Korang juga boleh guna yang kat bawah ni untuk carian yang lebih terperinci.


Untuk lebih pilihan, Klik laman ini :-  colorschemer.com .Ada lebih 24k pilihan warna dan code.

p/s Jadi rujukan aku juga. Pening2 lalat juga ye nak pilih.

info: Percayakah anda, disekeliling kita mempunyai SEBILION lebih warna yang belum di index, tapi mata dan otak kita dapat mengasingkan setiap warna-warna tersebut tanpa kesilapan. Subhanallah, lihat lah betapa sempurnanya ciptaan-Nya.

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog saya.. ~ Tinggalkan la komen . ~ jadi follower ,promise kaizer follow balik. ~ Please subscibe supaya tak miss update. ~ Remember!!!Jangan lupe klik iklan nuffnang,.hope u'all enjoy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails