Sabtu, 2 November 2013

Selamat menyambut awal muharam ; selamat menyambut maal hijrah 1435h

Assalamualaikum wrt

Selamat menyambut awal muharam atau selamat menyambut maal hijrah 1435h kepada semua saudara islam ku di mana jua anda berada. Semoga tahun kali ini memberi cahaya keberkatan dan kegembiraan untuk kita semua.

Maaf kan saya jika ada salah dan silap terhadap kalian samaada saya sedar atau tidak, samaada saya sengaja atau tidak. Saya mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan dan kesalahan saya, atas semua dosa - dosa saya. Maaf kan saya saudara - saudari sekalian,. Maafkan saya.

Untuk kali ini, saya sertakan juga doa awal tahun dan akhir tahun. Semoga bermanfaat untuk kalian. Wassalam..

Selamat menduduki peperiksaan, koleksi doa bagi yang menghadapi peperiksaan.

Assalamualaikum wrt.

Selamat menyambut peperiksan bagi mereka/adik-adik yang menyambut sebarang peperiksaan besar Stam,stpm,spm. Semoga anda dapat menjawab dengan baik dan tenang sepanjang peperiksaan.

Disini saya sertakan doa penerang hati, doa sebelum masuk dewan peperiksaan dan  doa jika sukar menjawab kertas peperiksaan. Amalkan dan selamat berjaya.

★tambahan doa2 y lain.★

-Mulakan dengan bismillah-

∴Doa penerang hati

ﺃَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺍﻓْﺘَﺢْ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ ﺣِﻜْﻤَﺘَﻚَ ﻭَﺍﻧْﺸُﺮْ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ ﻣِﻦْ ﺧَﺰَﺍﺋِﻦِ ﺭَﺣْﻤَﺘِﻚَ ﻳَﺎ ﺃَﺭْﺣَﻢَ ﺍﻟﺮَّﺍﺣِﻤِﻴﻦ

"Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

∴Doa mendapat petunjuk

ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﻟَﺎ ﺗُﺰِﻍْ ﻗُﻠُﻮﺑَﻨَﺎ ﺑَﻌْﺪَﺇِﺫْﻫَﺪَﻳْﺘَﻨَﺎ ﻭَﻫَﺐْ ﻟَﻨَﺎ ﻣِﻦْ ﻟَﺪُﻧْﻚَ ﺭَﺣْﻤَﺔً ﺇِﻧَّﻚَ ﺃَﻧْﺖَ ﺍﻟْﻮَﻫَّﺎﺏُ

"Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk dan berikanlah rahmatMu,sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."

∴Doa untuk mengulangkaji

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇِﻧِّﻲْ ﺃَﺳْﺄَﻟُﻚَ ﻓَﻬْﻢَ ﺍﻟﻨَّﺒِﻴِّﻴﻦَ ﻭَﺣِﻔْﻆَ ﺍﻟْﻤُﺮْﺳَﻠِﻴْﻦَ ﻭَﺍﻟْﻤَﻼَﺋِﻜَﺔِ ﺍﻟْﻤُﻘَﺮَّﺑِﻴْﻦَ ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺍﺟْﻌَﻞْ ﻟِﺴَﺎﻧِﻲْ ﻋَﺎﻣِﺮًﺍ ﺑِﺬِﻛْﺮِﻙَ ﻭَﻗَﻠْﺒِﻲْ ﻣَﻠِﻴْﺌًﺎ ﺑِﺨَﺸْﻴَﺘِﻚَ، ﺇِﻧَّﻚَ ﻋَﻠَﻰ ﻣَﺎ ﺗَﺸَﺎﺀُ ﻗَﺪِﻳْﺮٌ

“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

∴Doa ketika masuk bilik peperiksaan

ﻭَﻗُﻞْ ﺭَﺏِّ ﺃَﺩْﺧِﻠْﻨِﻲ ﻣُﺪْﺧَﻞَ ﺻِﺪْﻕٍ ﻭَﺃَﺧْﺮِﺟْﻨِﻲ ﻣُﺨْﺮَﺝَ ﺻِﺪْﻕٍ ﻭَﺍﺟْﻌَﻞْ ﻟِﻲ ﻣِﻦْ ﻟَﺪُﻧْﻚَ ﺳُﻠْﻄَﺎﻧًﺎ ﻧَﺼِﻴﺮًﺍ

“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

∴Doa ketika terlupa jawapan

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻳَﺎ ﺟَﺎﻣِﻊَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﻟِﻴَﻮْﻡٍ ﻻَ ﺭَﻳْﺐَ ﻓِﻴْﻪِ ﺍﺟْﻤَﻊْ ﻋَﻠﻰَ ﺿَﺎﻟَّﺘِﻲْ ﻣَﻌْﻠُﻮْﻣَﺎﺗِﻲْ .

“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku."

∴Doa mudahkan hafalan

ﺁﻟﻠﻬُﻢَّ ﺍﺭْﺯُﻗْﻨَﺎ ﻳَﺎ ﺭَﺏِّ ﻓَﻬْﻢَ ﺍﻟﻨَّﺒِﻴْﻴِﻦَ ﻭَﺣِﻔْﻆَ ﺁﻟْﻤُﺮْﺳَﻠِﻴْﻦَ ﻭَﺇِﻟْﻬَﺎﻡَ ﺁﻟْﻤَﻼﺋِﻜَﺔَ ﺁﻟْﻤُﻘًﺮَّﺑِﻴْﻦَ ﻓِﻰ ﻋَﺎﻓِﻴَﺔِ ﻳَﺎﺍَﺭْﺣَﻦَ ﺁﻟﺮٌّﺍﺣِﻤِﻴﻦِ

"Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

∴Doa memohon dilepaskan dari kesusahan menjawab soalan

ﻳﺎَ ﺣَﻲُّ ﻳَﺎ ﻗَﻴُّﻮْﻡُ، ﺑِﺮَﺣْﻤَﺘِﻚَ ﺃَﺳْﺘَﻐِﻴْﺚُ

“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

SEMOGA BERMANFAAT DAN SELAMAT BERJAYA. WASSALAM.

Selamat hari deepavali, happy deepavali

Selamat hari deepavali, atau happy deepavali, atau pesta cahaya utk semua penganut hindu di malaysia dan seluruh dunia. Cahaya dalam diri boleh menerangi hidup orang lain. fikir fikirkan.

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog saya.. ~ Tinggalkan la komen . ~ jadi follower ,promise kaizer follow balik. ~ Please subscibe supaya tak miss update. ~ Remember!!!Jangan lupe klik iklan nuffnang,.hope u'all enjoy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails