Rabu, 24 Februari 2010

Deja Vu & Psikik

Profesor Hans Holzer dalam bukunya bertajuk “Han’s Holzer The Supernatural – Explaining The Unexplained” ada menceritakan tentang konsep Deja Vu (bahasa Perancis – dalam bahasa Melayu bermaksud “pernah dilihat”). Katanya ahli sains memberikan penjelasan bahawa Deja Vu berlaku oleh kerana kelewatan otak memproses maklumat visual yang diterima. Kelewatan ini memberikan gambaran seolah-olah suasana yang berlaku kepada penerima pernah berlaku sebelum ini.
Saya sendiri sekali-sekala mengalami proses Deja Vu ini dan ia melibatkan kombinasi visual, audio dan persekitaran. Deja Vu yang saya alami semuanya dalam tempoh beberapa saat. Contohnya pernah melihat sesuatu benda dan dalam masa yang sama mendengar percakapan seseorang.

Profesor Hans Holzer bagaimanapun mempersoalkan bagaimanakah konsep kelewatan maklumat tadi dapat dijelaskan sekiranya ia melibatkan satu pengalaman yang agak lama. Contohnya seseorang boleh menunjukkan arah dengan sangat dalam satu rumah yang belum pernah dilawatinya sebelum ini.

Belia juga ada menyebut tentang Extrasensory Perceptions (ESP) iaitu kebolehan mendapat maklumat awal tentang perkara yang akan berlaku. Katanya kebolehan ini sebenarnya normal dan ada pada setiap manusia, yang berbeza hanyalah kekuatannya.

Satu istilah lain yang menarik minat saya ialah Out of Body Experience (OOBE). Profesor Hans Holzer menjelaskan OOBE adalah pemisahan antara fizikal dan spiritual seseorang. Ianya biasa berlaku dalam mimpi. Apabila terpisah spirit (roh?) seseorang boleh melangkaui jarak, tidak ada sakit, dan tidak ada masa. Seseorang itu masih mempunyai kawalan ke atas spirit seperti biasa, cuma tanpa kehadiran fizikal. Oleh kerana OOBE juga, seseorang dapat merasakan pengalaman seperti terjatuh dari tempat tinggi sebelum terjaga dari tidur. Ini kerana kesan dari perubahan kelajuan di mana spirit tanpa fizikal mula menghampiri badan dan masuk semula.

Begitu juga dengan kebolehan seseorang untuk melihat seseorang yang telah tiada. Ianya ada kena mengena dengan kebolehan psikik seseorang.

Menurut beliau juga istilah supernatural sebenarnya terbit oleh kerana kita tidak mengetahui tentang sesuatu perkara. Sekiranya diketahui, ianya bukan lagi supernatural. Contohnya kebolehan untuk berkomunikasi tanpa wayar dalam jarak yang jauh, suatu masa ianya adalah supernatural tetapi tidak lagi kini.Ketakutan adalah oleh kerana tidak mengetahui, begitu kata profesor ini.

Wallahualam.

Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog saya.. ~ Tinggalkan la komen . ~ jadi follower ,promise kaizer follow balik. ~ Please subscibe supaya tak miss update. ~ Remember!!!Jangan lupe klik iklan nuffnang,.hope u'all enjoy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails