Isnin, 12 April 2010

10 Program Antivirus terbaik 2010

Inilah senarai 10 program antivirus terbaik pada tahun 2010. Kerja mengimbas sistem anda daripada virus, trojan dan malware merupakan langkah penting bagi menjaga keselamatan pc anda. Untuk itu, anda seharusnya menggunakan antivirus yang paling baik. Saya harap senarai ini akan membantu anda memilih antivirus terbaik yang berada di pasaran.


BitDefender Antivirus memberikan perlindungan proaktif kepada pc anda terhadap virus, spyware, serangan phishing dan kecurian identiti, tanpa melambatkan PC anda. Anda boleh menguruskan rangkaian keselamatan rumah anda melalui satu lokasi. Kehilagan fail program bukan lagi menjadi masalah besar. Dalam situasi di mana fail rosak akibat masalah sistem, BitDefender akan membaiki masalah tersebut dan menjalankan update. Ada sebarang pertanyaan? Pakar keselamatan BitDefender sedia membantu anda 24/7 melalui telefon, email atau perbualan tanpa sebarang kos tambahan.
 

Kaspersky Lab, program yang digunakan bagi mengenal pasti dan membuang program jahat yang berpotensi merosakkan fail dan data dalam komputer. Mengikut rating, Kaspersky masih dianggap antivirus terbaik kerana keupayaannya mengesan virus sebelum mereka bertindak merosakkan sistem.

Perisian antivirus NOD32 daripada ESET ialah program yang memberikan perlindungan masa sebenar terhadap cecacing, trojan, spyware, malware, phishing, dan hackers. Nod32 mempunyai 2 kaedah untuk dijalankan. Anda boleh menjalankan proses scan Nod32 yang mudah ataupun meluangkan lebih banyak masa di control centre. Di control center anda mempunyai akses untuk mengubah jenis scan seperti DMON, IMON, EMON dan banyak lagi.

Avast! antivirus memiliki sistem perlindungan yang lengkap, menawarkan perlindungan penuh termasuk resident shield. Automatik update memastikan perlindungan data terhadap segala jenis ancaman malware and spyware. Avast! antivirus telah diiktiraf oleh ICSA Labs dan West Coast Labs Checkmark, dan semua avast! produk boleh di muat turun secara percuma untuk 60-hari,.

AVG Antivirus popular beberapa tahun kebelakangan ini. Versi percumanya merupakan fail yang paling kerap dimuat turun di internet dalam sektor keselamatan internet. Paparan terbarunya sangat kemas tetapi sangat berguna. Turut dibaiki ialah cara AVG menggunakan hardware pc anda. Ia telah diubah bagi menyeragamkan penggunaan perlbagai teras di mana ia menjadi kebiasaan bagi komputer hari ini. Ini akan menigkatkan kelajuan pengimbasan dan mengurangkan risiko menjadi lambat.

Norton, salah satu nama besar dalam industri keselamatan komputer, Program ini sangat senang digunakan dan mempunyai sistem yang baik untuk melindungi PC anda daripada program jahat. Antara perlindungan yang ditawarkan ialah pengimbasan instant messaging, script blocking, POP3 dan perlindungan emel SMTP. Malangnya, perisian ini tidak menawarkan keselamatan daripada P2P atau perkongsian fail.

McAfee merupakan peneraju utama dalam industri perlindungan komputer dan VirusScan merupakan pertahanan utama mereka melawan virus, Perisian ini didatangkan dengan ScriptStopper untuk menghalang virus daripada merebak dari satu komputer melalui emel. Kekurangan perisian ini ialah ia tidak memiliki sistem pengawalan terhadap instant messaging, P2P ataupun perlindungan registry startup.

The Shield Deluxe menggabungkan kaedah pengesanan Antivirus dan Spyware dengan teknologi proaktif terbaru untuk memberi komputer anda perlindungan paling efektif terhadap program jahat. Produk ini mudah diinstall dan menawarkan pengguna profesional kesempatan untuk adjust sendiri program ini.

Panda Antivirus membuatkan kawalan terhadap komputer peribadi anda menjadi mudah.Update automatik percuma. Perlindungan yang sangat berkuasa terhadap hijackers, keyloggers, pengintip, dan hackers. Panda Antivirus didatangkan dengan perlindungan virus dan spyware. Panda membenarkan anda untuk menyekat, memadam, membersihkan fail yang dikuarintinkan dan tidak melambatkan komputer anda semasa pengimbasan virus. Ini sangat berguna bagi golongan yang terus menerus menggunakan PC mereka.

Trend Micro’s Antivirus. Antivirus ini mempunyai protokol tersindiri bagi melindungi PC anda terhadap virus, cecacing dan trojan termasuk spyware, rootkits dan malware. Ia mengimbas segala jenis fail yang masuk termasuk emel, muat turun dan fail dari peranti mudah alih anda. Anda juga boleh menyusun jadual bagi pengimbasan fail, menjalankan pelbagai jenis pengimbasan atau mengarahkan pengimbasan apabila diperlukan. Trend Micro’s Antivirus dengan Anti-spyware memberi pelanggan mereka apa yang diperlukan bagi melawan program jahat seperti trojan, hackers, cecacing, dan adware.

F-Secure. Ia terus mengimbas PC anda terhadap virus, dan mempunyai antispware terbina di dalam. Antivirus atau Antispyware ataupun kedua-duanya sekali boleh dijalankan serentak bagi memendekkan masa mengimbas. Tambahan pula, perisian ini mengimbas emel masuk dan keluar pada masa sebenar. F-Secure juga mempunyai ruangan berita yang boleh dilanggan bagi mengetahui apa yang terjadi pada dunia virus digital dan update.

p/s aku pakai Avg Internet Security 2010,.lesen key sampai 2018,.yang penting,jgn register,.sapa nak yang copy punya?? gtau aku, aku bagi link download nanti,.hahahaha

Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog saya.. ~ Tinggalkan la komen . ~ jadi follower ,promise kaizer follow balik. ~ Please subscibe supaya tak miss update. ~ Remember!!!Jangan lupe klik iklan nuffnang,.hope u'all enjoy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails